Apabila kerajaan mengumumkan PKPDB bagi daerah Lahad Datu, saya terfikir masalah masyarakat setempat yang terjejas kerana ekonomi dan keadaan yang agak sukar bagi ibu ibu yang mempunyai bayi kecil.
Dalam keadaan masyarakat yang pelbagai latar belakang ekonomi. Kami memberi tumpuan pada komuniti yang bergantung hidup pada kerja kerja kampung seperti nelayan, bertukang, berniaga dan mungkin juga yang tiada pekerjaan disebabkan oleh keadaan semasa.
Dengan pergerakan yang agak terhad, kami menyasarkan bantuan sumbangan orang ramai bagi mengumpul dana untuk membeli bekalan susu yang akan diserahkan kepada mereka yang terjejas.
Buat masa ini, usaha menyampaikan bantuan dilakukan oleh ahli di daerah Lahad Datu sahaja atas usaha memenuhi keperluan masyarakat yang terjejas disebabkan oleh PKPDB dan ZONMERAH yang terjejas dari segi urusniaga perniagaan dan pekerjaan.
Hampir semua sektor ekonomi terkesan dan pihak Kelab Kembara Sabah mengusahakan TABUNG SUSU bagi meringankan beban ibu ibu yang terkesan ekonomi mereka dan memerlukan susu bagi anak anak mereka.
Usaha ini diberi tumpuan sepenuhnya di Lahad Datu buat masa ini kerana Pengerusi dan AJK yang juga sama sama berada di Lahad Datu ZONMERAH.
Semoga sumbangan anda dapat meringankan beban ibu ibu dan anak anak yang terjejas disini.
Terima Kasih.
Comments are closed.