Walau berat seperti ‘anak gajah’, sampai juga ke puncak

Usaha untuk menurunkan berat badan bukan satu kerja mudah, kata Syidah Tat, seorang kakitangan swasta.

Namun beliau tetap gigih dan berusaha sedaya mungkin. Salah satu aktiviti riadah yang digemarinya adalah mendaki bukit.

Beliau memilih Gunung Datuk di Rembau untuk membuktikan bahawa beliau mampu melakukannya.

Apabila tiba di puncak, pada ketinggian kira-kira 880 meter, Syidah dapat melihat hasil kerja kerasnya.

syidah tat comboBeliau tidak berasa sesal sama sekali. Apa yang paling diingatinya adalah usaha untuk mendepani cabaran semasa mendaki.

Katanya, ketika baru mula mendaki, beliau rasa putus asa kerana melihat maklumat salah di papan tanda.

Papan tanda lusuh itu menunjukkan tanda 1 km, walhal jarak sebenar yang perlu dilaluinya untuk sampai ke puncak adalah 4 km.

Mengenang semula perjalanan tersebut, Syidah hanya mampu ketawa.

“Jalan punya jalan, dengan berat seekor anak gajah, jumpa pula papan tanda menunjukkan 3km untuk sampai puncak,” katanya.

Ia membuatkan beliau berasa begitu tercabar.

“Mental dah koyak pada masa itu”.

“Akhirnya berjaya sampai atas dengan jayanya. Itulah pentingnya papan tanda bagi orang-orang macam saya,” kata gadis ini.

Tidak cukup sekali, gadis kelahiran Pahang ini seterusnya mendaki Gunung Datuk dua kali lagi selepas itu.

Syidah juga pernah mendaki dan merentas denai di Bukit Panorama (enam kali), Lata Berkelah (tiga kali), Gunung Lambak (dua kali), Pinetree Trail, Bukit Saga dan Bukit Batu Putih.

Selepas Ramadan, beliau bercadang untuk mendaki Gunung Stong dan Gunung Tahan.

 


Pada bulan ini, HACAW menjalankan kempen untuk anggotanya memuatkan gambar dengan #temapapantanda. Ikuti lebih banyak gambar di sini.

Comments

comments