7 petua rakam gambar menarik semasa kembara berbasikal

Pengembaraan berbasikal adalah antara cara paling baik untuk mengamati dunia. Kita bebas membuat jadual sendiri dan bergerak ke tempat yang dihajati.

Kita juga berpeluang untuk berhenti di mana-mana sahaja. Peluang begini sukar diperolehi jika kita mengikuti pakej pelancongan berkumpulan.

Bas atau kenderaan lain tidak dapat parkir dekat selekoh tajam di jalan sempit di lereng bukit kerana akan menghalang laluan, contohnya.

Di tempat seperti ini, kita berpeluang merakam pemandangan yang mungkin tidak akan dapat ditangkap jika kita menaiki bas.

MeditatingDengan berbasikal, kita terdedah kepada elemen alam setempat. Kita akan dapat merasai suasana dan melihat perwatakan masyarakatnya dengan lebih dekat.

Kita juga dapat merasai sendiri struktur muka buminya – dengan mendaki dan menuruni setiap bukit seperti yang pernah diungkapkan pengarang besar, Mark Twain.

Perkara inilah yang ingin kita terjemahkan ke dalam rakaman foto. Namun, kita tidak perlu menjadi jurugambar profesional untuk merakam gambar yang bermutu.

Panduan berikut sudah memadai untuk membantu anda merakam imej kembara dengan lebih baik:

1. Kenali fungsi kamera. Semakin kerap merakam gambar, kita akan bertambah cekap. Teknik asas fotografi ini dapat dipelajari dengan mudah melalui pelbagai tutorial percuma melalui Youtube.

2. Bawa kamera dan kit yang sesuai dengan anda. Pengembara seperti Zahariz Khuzaimah membawa dua kamera Sony, A7R II dan A7S II untuk rakaman perjalanannya di Himalaya.

Menurut Zahariz, beliau masih mencuba untuk menguasai keupayaan kamera ini, namun hasilnya cukup baik. Lihatlah hasilnya dalam video ini.

3. Simpan kamera di tempat mudah dicapai seperti dalam beg hendal. Peluang untuk merakam gambar yang menarik boleh muncul pada bila-bila masa.

4. Fahami budaya dan tradisi setempat. Kita perlu tahu perkara yang boleh dibuat dan tidak patut dibuat semasa menjadi tetamu di tempat orang.

Kaji serba sedikit mengenai keadaan tempat yang ingin dilawati dan seterusnya berinteraksi dengan masyarakat setempat untuk mendalaminya.

Boy Making a Dosa for Police Men, Varanasi India *View Large*Ini akan membolehkan kita mengesan elemen unik yang boleh ditemui semasa perjalanan.

5. Buat catatan. Rakam setiap pandangan yang lahir ketika anda mula-mula rasai atau melihatnya.

Catitkan juga perkara menarik yang dikongsi masyarakat setempat semasa perbualan.

Beri perhatian pada perkara utama yang menarik perhatian anda – sama ada cara berpakaian, bau, warna, keadaan cuaca, kesan sejarah mahupun bahasa. Elemen inilah yang anda ingin abadikan dalam gambar.

6. Manfaatkan masa. Ketahui waktu paling baik untuk merakam kegiatan masyarakat seperti waktu ibadat, perayaan atau kegiatan ekonomi seperti bersawah.

7. Biarlah sesat. Basikal memberikan kita peluang untuk merayau jauh dari tempat-tempat yang sering dihurung oleh pelancong.

Kita akan berpeluang duduk di kedai kopi dan bertegur sapa dengan masyarakat tempatan dan mengamati cara hidup mereka.

 


Video utama oleh Zahariz Khuzaimah merakam pengalaman dan pemerhatiannya di Bhutan.

Anda ingin menambah maklumat ke dalam panduan ini? Tinggalkan komen atau e-mel kepada kami ([email protected]).

Baca artikel berkaitan

Canon tonjol 'raja segala EOS' untuk penggemar hidupan liar

Setiap frame dari rakaman videonya merupakan imej pegun yang bermutu.

Pengembara Malaysia ini belajar erti sejahtera di Bhutan

Bhutan meletakkan “kesejahteraan” sebagai kayu ukur utama untuk menyukat prestasi negaranya.

Comments

comments