Tiga keperluan utama untuk kembara berbasikal

PANDUAN | Mahazizi Abd Latif

Kita harus manfaatkan setiap inci ruang yang ada. Lalu, apakah penyelesaian terbaik untuk membolehkan kita membawa setiap keperluan dengan optimum?


Kita tidak akan menggunakan semua barang yang dibawa pada setiap masa. Jika sesuatu alat itu tidak digunakan, kita akan berasa sesal kerana ia mungkin berat dan menggunakan banyak ruang.

Andainya kita terlupa atau gagal menyediakan sesuatu keperluan yang dirasakan penting, ia mungkin menghantui kita di sepanjang perjalanan.

Kita harus memanfaatkan setiap inci ruang yang ada. Lalu, apakah penyelesaian terbaik untuk membolehkan kita membawa setiap keperluan dengan optimum?

Satu cara mudah adalah dengan menyenaraikannya setiap barangan tersebut dan menilai fungsi serta keperluannya semasa perjalanan mengikut keutamaan.

Sekiranya anda menilai alat tersebut tidak perlu dibawa, kesampingkan.

Secara umum ia terbahagi kepada tiga – kelengkapan basikal, ikhtiar hidup dan kelengkapan peribadi.

1. Kelengkapan basikal. Ini adalah alat paling utama. Tanpa basikal, tentunya pengembaraan kita akan menjadi pengembaraan tanpa basikal.

Kelengkapan ini termasuk peralatan asas untuk baikpulih basikal, tiub dan tayar ganti serta kit tampalan tiub, set multitools, playar, kabel gantian untuk brek dan gear, wayar pengikat, kunci basikal, pelincir rantai.

2. Kelengkapan ikhtiar hidup. Dengan alat ini, kita akan dapat mencari arah, berehat dan bermalam tanpa perlu menginap di hotel.

Paling utama adalah peta atau GPS, kotak bantuan kecemasan, ubat-ubatan, telefon bimbit, pengecas, khemah, peralatan menyucikan diri, pakaian, beg tidur (bergantung kepada cuaca dan suhu), beg basikal kembara (pannier bag), botol air panas, balang gas dan dapur mudah-alih serta kelengkapan memasak.

3. Kelengkapan peribadi. Perkara ini tidak wajib, tetapi amat membantu.

Buku bacaan, buku nota, kamera (untuk membantu pengamatan dan untuk merakam perjalanan), cermin mata hitam (untuk menahan silau matahari).

 


Anda ingin menambah maklumat dalam panduan ini? Tinggalkan komen atau hantar e-mel ([email protected]).

Gambar utama menunjukkan pasangan dari Turki, Basak Bulut dan Rahman Karatas dengan segala peralatan mereka.

Baca panduan berkaitan

Apa yang perlu dibawa? Panduan untuk pengembara berbasikal

Penilaian dan keputusan ini akan memastikan kayuhan anda tidak terbeban dengan kelengkapan yang tidak perlu.

Tiga petua penting untuk berbasikal jarak jauh

Kayuhan yang selesa adalah kunci kepada segala-galanya, tidak kiralah jika meliputi jarak lebih 150 kilometer setiap hari atau hanya untuk beberapa puluh kilometer.

Panduan penting untuk bawa basikal dalam tren KTMB

Basikal biasa hanya boleh dibawa di luar waktu sibuk. Hanya basikal lipat yang boleh dibawa pada setiap masa perkhidmatan tren, tegas KTMB.

 

Comments

comments