Sediakan dokumen ini dulu sebelum kembara dengan kapcai ke Thailand

Ramai pengembara Malaysia menjadikan Thailand sebagai negara pertama yang dikunjungi untuk menimba pengalaman mengembara dengan motosikal.

Pintu utama sempadan negaranya mudah dimasuki dengan kenderaan bermotor melalui jalan darat.

Jaringan jalan dan bentuk muka bumi Thailand juga menawarkan pengalaman menunggang jarak jauh yang mengasyikkan. Kos makanan dan tempat tinggal pula munasabah.

Mohd Alfishahrin merupakan salah seorang anggota Rider Kapcai, komuniti Facebook yang menggunakan motosikal berkuasa rendah untuk mengembara.

Beliau baru saja menamatkan kembara selama lebih 20 hari mengelilingi negara-negara jiran di utara semenanjung hari ini.

Pesan beliau, bawalah dokumen ini untuk memastikan urusan yang lancar di sempadan:

1. Pasport

Dokumen ini wajib dibawa oleh setiap pengembara

2. Lesen Memandu

Penunggang perlu membawa lesen memandu yang sah mengikut kelas kenderaan. Untuk memasuki negara Thai, memadai jika penunggang membawa lesen memandu Malaysia yang dikeluarkan JPJ.

Lihat senarai negara yang mewajibkan penunggang membawa International Driving License.

3. Geran kenderaan

Penunggang boleh membawa geran asal atau salinan yang disahkan oleh PDRM atau JPJ.

4. Insurans motosikal

Kenderaan perlu memiliki perlindungan insurans pihak ketiga.

5. Surat kebenaran dan salinan MyKad pemilik kenderaan

Sekiranya motosikal yang dibawa bukan milik sendiri, dokumen ini perlu disediakan.


Komuniti Rider Kapcai dianggotai lebih 2,000 orang ahli yang giat berkongsi pengalaman dan panduan di Facebook.

Comments

comments