Backpacker Malaysia ini cuba steak ikan paus di Norway

Oleh Firdaus Nazeri

Disebabkan faktor cuaca, travel solo, keselamatan dan kewangan, saya putuskan untuk ambil pakej Songnefjord in a nutshell – dari Oslo menaiki keretapi ke Flam dan seterusnya naik bot laju Bergen.

Pakej ini akan melalui Bergen Railway ke Flam. View dari keretapi sangat mengujakan dan cukup membuat anda terpesona.

Keretapi akan melalui Finse Station, iaitu stesen keretapi tertinggi di Norway (4099m MDPL). Kawasan ini dilitupi salji. Di setiap stesen, keretapi akan berhenti 10-15 minit untuk beri peluang kepada penumpang keluar tangkap gambar. Sangat menakjubkan.

Keselamatan: Travel solo sangat selamat. Di Paris dan Rom selalu rasa ada orang hendak curi dompet, tapi di Norway tak rasa takut sangat.

Penginapan: Jika perancangan di saat akhir, memang teruk kalau ingin tempah hostel. Memang tak dapat dan mahal. Lebih baik terus ke AirBnB. Sesetengah hostel tidak sediakan tempat memasak, itu paling susah. AirBnB sangat selesa walaupun kongsi rumah dengan pemilik. Mereka sangat ramah dan kadang-kadang akan buatkan sarapan.

Shopping?: Cukuplah sekadar beli cenderamata untuk orang terdekat. Kalau beli untuk satu kampung, bankrap lah. Harga satu rantai kunci sahaja sudah NOK59 (RM30).

Makan dan Minum: Air paip Norway sangat-sangat bersih boleh terus minum dari paip. Saya rasa air paip Norway lebih baik daripada UK. Lebih bagus bawa botol air kosong semasa di Norway. Makan di luar sangat mahal, malah orang Norway pun jarang makan di luar. Telur ayam enam biji sahaja sudah NOK39 (RM20). Akhirnya saya beli ikan sardin dalam tin kecil, lebih berbaloi dan murah. Bawalah banyak nasi dan mi segera untuk masak dan roti serta biskut.

Kelebihan Airbnb di Norway: Kesemua idea travel dan tempat tujuan saya disarankan oleh tuan rumah Airbnb. Kalau baik, mereka akan sediakan sarapan dan kopi.

Bandar Oslo sangat bosan bagi saya yang jenis mencari keindahan alam. Cuma satu atau dua hari sudah cukup untuk pusing bandar. Boleh lawat ke Royal Palace, Arkhensus Palace, National art Gallery, Opera House dan Oslo Harbour.

Bergen Railway sangat berbaloi walaupun mahal. Saya dapat nikmati keindahan alam semulajadi Norway dalam satu pakej.

Bandar Bergen: Bandar pelabuhan yang sangat cantik. Ada Bryggen, bangunan kedai warna-warni yang diwartakan sebagai World Heritage Site oleh Unesco, dan ada pasar ikan. Di situ saya cuba steak ikan paus kt situ saya telah mencuba steak ikan paus, sedap. mendaki bukit Floyen untuk pemandangan bandar Bergen yg sangat mengujakan. masa daki cuma 1jam ke puncak atau ambik tram ke puncak Floyen harga NOK50.

Lokasi hiking di Norway: Preikestolen, Kjeragbolten dan Trolltungga, ini senarai tempat hiking pada awal saya ingin buat, tapi di sebabkan travel solo dan tak sesuai masa, terpaksa tangguhkan.

Cadangan masa hiking, rujuk website Norway ialah (pertengahan Jun – pertengahan Ogos). Sekiranya anda berdegil hendak hiking sebelum tarikh cadangan, tiada masalah. Tapi sesetengah tempat sukar dilalui sebab salji masih lagi menebal dan bahaya untuk keselamatan.

 


Tulisan ini disunting daripada kandungan asal yang dimuatkan dalam komuniti Backpackers Buddies Malaysia.

Kandungan ini merupakan hasil pemerhatian dan pengalaman penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi KEMBARA.MY.

Kegiatan memburu dan memakan ikan paus masih menjadi kontroversi kerana mamalia tersebut kini masih terancam.

Kongsi travelog, panduan atau tips berguna bersama komuniti KEMBARA.MY. Muatkan tulisan anda di sini.

Anda ingin tambah maklumat ke dalam tulisan ini? Tinggalkan komen atau e-mel kepada kami ([email protected]).

Comments

comments