Pasangan ini berbasikal keliling dunia tanpa GPS

TEKNOLOGI

Jika mengikut garisan di skrin dengan membuta tuli, kita akan tenggelam dalam dunia sendiri dan abaikan peluang berinteraksi dengan masyarakat.


Pasangan dari Kanada, Friedel dan Andrew Grant mengembara melalui 30 negara dan menempuh perjalanan lebih 60,000 kilometer sejak tahun 2006.

Sepanjang tempoh tiga tahun pertama, mereka dapat berbasikal mengelilingi dunia tanpa sebarang bantuan GPS.

“Jadi, jelas bahawa ia adalah alat mewah dan bukannya peralatan yang wajib,” kata pasangan ini di blog rasmi mereka

Semasa perjalanan, pasangan Kanada ini mendapati mereka tidak punya banyak pilihan jalan di kebanyakan tempat di dunia.

Menurut mereka, GPS tidak membantu untuk mencari arah, malah ia boleh menjadi perkara negatif dalam keadaan ini.

“Memang sangat mudah untuk kita mengikut garisan di skrin dengan membuta tuli dan tenggelam dalam dunia sendiri.

“Tetapi anda akan mengabaikan peluang untuk berinteraksi dengan masyarakat (sebab tidak perlu tanya arah) dan peluang pengembaraan yang mungkin datang tiba-tiba.

“Penting untuk kita tahu bilakah masa untuk mengguna dan tidak menggunakan GPS,” kata pasangan ini.

Jelas mereka, GPS amat berguna ketika berada di kota-kota sibuk di Eropah atau ketika menempuh bandar dan kawasan penempatan.

“Tidak mungkin anda akan dapat membeli peta terperinci untuk setiap bandar, maka GPS boleh mengurangkan masalah ketika melalui kawasan ini.”

GPS juga berguna ketika melalui kawasan luar bandar dan laluan terpencil. Contohnya ketika mereka melalui laluan trek Trans-Andalus – laluan trek melalui kawasan pedalaman yang mengasyikkan di Sepanyol.

“Kami sesat barat walau mempunyai peta terperinci kerana kawasan itu terdapat pelbagai laluan sehingga kami tidak dapat mengenalpasti jalan yang betul.

“Jika ada GPS tentunya kami dapat mengelak pelbagai masalah,” kata mereka.

Berikut adalah beberapa model alat GPS yang digunakan pasangan ini semasa pengembaraan mereka:

Garmin eTrex Vista HCx
Sistem GPS yang lebih murah dalam pasaran tetapi prestasinya memberangsangkan.
Saiznya kecil dan sesuai untuk kembara berbasikal.
Berat hanya 155g, termasuk bateri.
Hayat bateri 25 jam, dengan slot micro SD.
Model eTrek menawarkan fungsi asas dengan rekaan dan boleh dikendalikan dengan kasar.
Ia kekal popular dan masih berada dalam pasaran.

Garmin 62S
Peta dengan butiran terperinci boleh dipapar dengan cepat berbanding alat GPS lain.
Slot micro SD untuk muatan data lebih besar.
Butang navigasi lebih mudah digunakan berbanding skrin sentuh, terutama ketika memakai sarung tangan. Boleh diakses tanpa perlu melihat skrin.
Casis yang kukuh dan kalis air, boleh diguna dalam cuaca ekstrem.
Bateri saiz AA boleh diperolehi di mana-mana saja. Anda juga boleh guna bateri yang boleh dicas dengan dynamo basikal.
Kelemahan, saiz lebih besar berbanding model lain.

Garmin Oregon 450t / Oregon 550t
Kedua-duanya popular di kalangan pengembara berbasikal.
Bezanya 550t dilengkapi kamera yang boleh digunakan untuk merakam gambar. Foto ini akan dimuatkan dengan data GPS.
Hayat bateri 16 hours, dilengkapi slot micro SD

Garmin eTrex Vista HCx
Ini merupakan sistem GPS yang lebih murah dalam pasaran tetapi prestasinya memberangsangkan.
Saiznya kecil dan sesuai untuk kembara berbasikal.
Berat hanya 155g, termasuk bateri.
Hayat bateri 25 jam, dengan slot micro SD.
Model eTrek menawarkan fungsi asas dengan rekaan dan boleh dikendalikan dengan kasar.
Ia kekal popular dan masih berada dalam pasaran.


Anda ingin menambah maklumat ke dalam tulisan ini? Tinggalkan ulasan di ruangan komen atau e-mel kepada kami ([email protected]).

Comments

comments