Nagan Raju, penjaga kuil Hindu di bumi Kelantan

Oleh Salhan K Ahmad

Ketika Nagan Raju dilahirkan 58 tahun lalu di estet Kuala Hau, Machang, kuil ini sudahpun digunakan oleh penganut Hindu.

Nagan berkata, kedua-dua ibu bapanya dibawa masuk sebagai pekerja estet dari India.

Kini, mereka sudahpun meninggal dunia. Semasa hanyat ibu bapanya, mereka tinggal di kuarters pekerja bersama kira-kira 100 keluarga lain, kebanyakannya juga dari India.

Anggota keluarganya yang lain tidak bekerja dengan estet tersebut, maka beliau tidak dapat tinggal di kuarters lagi.

Kini, kuarters berkenaan dihuni pekerja Indonesia dan warga tempatan, kata Nagan.

Beliau menghabiskan usia mudanya menjelajah ke segenap pelusuk negeri Kelantan ketika bekerja dengan satu kontraktor ukur tanah.

“Sekarang saya sudah tua, tidak gagah lagi,” kata Nagan dalam loghat Kelantan.

Nagan bersyukur kerana dapat menumpang teduh dan menjadi penjaga di kuil ini.

EDITOR KEMBARA.MY

Amati dunia luar melalui liputan kami ke atas isu alam, latar geografi, budaya masyarakat, peralatan kembara dan gaya hidup aktif.

 

Comments

comments