Mengapa atlet wanita ini tak jadi luncur ski dari puncak Makalu

Dua minggu berlalu. DesLauriers berasa dirinya kembali normal dan tidak lagi mengalami mabuk gunung.

Beliau rindu pada Makalu dan ingin selalu berada di situ. Entah bila agaknya beliau akan dapat kembali ke altitud tinggi.

Ibu kepada dua orang anak ini teringat pesan penulis ilmu pergunungan, Jon Krakauer – ada dua jenis risiko, terlalu besar atau terlalu kecil.


Fikirannya makin keliru dan badannya semakin kurang berupaya menyerap oksigen. Penglihatannya semakin kabur dan kepalanya terasa begitu sakit.

Kit DesLauriers mencari rakannya, Hilaree untuk mendapatkan bantuan oksigen. Bekalan itu membolehkan kadar serapan oksigen badannya meningkat dan kadar degupan jantungnya turun.

Beliau sememangnya boleh menunggu di kem pengkalan sehingga pagi. Sakit kepalanya tidak juga surut walau dengan bantuan oksigen. Dalam tempoh tujuh jam, simptomnya semakin buruk

“Naluri saya kuat mengatakan bahawa kadar yang mendadak ini adalah tanda-tanda HACE. Saya sangat takut kerana secara fizikal, saya berasa sangat azab.

“Saya tahu bahawa jika ini adalah HACE dan ia semakin teruk pada malam ini, mungkin saya tidak akan dapat berjalan pada waktu pagi nanti,” kata DesLauriers dalam tulisannya di laman Outside Online.

Beliau menyorot kembali keadaan cuaca sepanjang pendakian lapan hari lalu. Jarang sekali beliau melihat cuaca baik yang boleh ditempuhi dengan pesawat udara.

Berundur ke bawah

Tidak mungkin penyelamat boleh tiba dengan helikopter, katanya dalam hati. Selagi boleh, beliau perlu menyelamatkan diri sendiri.

Andai pasukannya keluar dari kem pengkalan, mereka sukar berkomunikasi kerana tidak mempunyai telefon satelit.

“Saya memutuskan bahawa satu-satunya cara untuk memastikan keadaan saya tidak bertambah buruk adalah dengan turun segera,” kata DesLauriers.

Beliau memulakan pendakian turun bersama seorang pembantu dan ketua Sherpa pendakian pada jam 2.15 pagi.

Walau dengan bantuan oksigen, DesLauriers sukar berjalan kerana masalah pernafasan dan tidak dapat mengawal gerak badan.

Beliau hanya mahu terbaring dan tidak mahu bangun lagi.

kit deslauriers 2Perjalanan sejauh antara lima atau enam batu dan ketinggian 1,200 kaki ke Langmale mengambil masa tiga jam. Mereka turun ke ketinggian 14,800 kaki.

“Sebaik tiba di Langmale, simptom saya beransur kurang, tetapi saya masih berasa pening dan keliru.”

Beliau memutuskan untuk turun lebih rendah. Beliau perlu menyesuaikan diri semula dengan tekanan udara.

DesLauriers juga terpaksa mengupah pengangkat barang untuk menemaninya ke Yangri Kharka (kira-kira ketinggian 12,000 kaki) dan tiba sekitar jam 7 pagi.

Sepanjang tiga hari berikutnya, beliau menghabiskan masa seorang diri di dalam khemah di luar satu kedai teh di Yangri Kharka.

Penduduk sekitar membekalkan makanan dan minuman kepadanya. Warga kampung itu yang selebihnya sudah turun ke perkampungan lebih rendah untuk menunggu musim monsun berakhir.

“Saya tidak lagi memerlukan oksigen pada ketinggian 12,000 kaki, tetapi masih ada lagi pelbagai simptom HACE.”

Beliau menggunakan telefon satelit untuk bercakap dengan doktor ekspedisi dan memaklumkan pasukan penyelamat Global Rescue mengenai keadaannya.

Sekiranya beliau cuba keluar dari kawasan genting setinggi 14,000 kaki tanpa bantuan, DesLauriers berisiko mengalami HACE. Pilihan paling wajar adalah menunggu bantuan helikopter.

Ketinggalan jauh

Beliau boleh mendapatkan rawatan dan berehat sepenuhnya di Kathmandu sebelum menilai sama ada mampu kembali ke gunung itu.

DesLauriers dirawat di klinik CIWEC. Para doktor di situ mengesahkan bahawa beliau mengalami HACE dan bertindak dengan wajar.

Beliau mengambil ubat yang betul dan mengambil tindakan wajar dengan melangkah turun dari pergunungan itu.

Anggota pasukannya di Annapurna Base Camp sudah mendapatkan bekalan untuk kem pengkalan pertama dan kedua dan juga sudah mula melungsur ski.

Bagaimanapun, jika beliau kembali ke Makalu, DesLauriers perlu mendaki seorang diri kerana anggota kumpulannya yang lain sudah lama menyesuaikan diri.

Beliau juga mungkin mengalami mabuk gunung yang teruk sekali lagi.

“Pada 8 September, lima hari selepas saya meninggalkan kem pengkalan Makalu, saya memutuskan untuk tidak kembali menyertai ekspedisi dan menempah tiket untuk pulang ke Jackson, Wyoming.

“Kita semua menghadapi risiko walau ketika meneruskan kehidupan rutin di rumah, jadi saya tidak ingin berpura-pura dengan membelakangi risiko.

“Namun saya akan terus membina kesedaran mengenai risiko yang saya ambil dan jalan tengah di antara risiko yang terlalu kecil dan yang terlalu besar.”


Kit DesLauriers adalah peluncur ski Amerika Syarikat yang merupakan individu pertama meluncur dari Tujuh Puncak tertinggi di dunia.

Keadaan yang dialami oleh DesLauriers dikenali sebagai High Altitude Cerebral Edema (HACE) di mana otaknya mengalami tekanan akibat pengumpulan cecair di dalam tempurung kepala. Keadaan ini berlaku akibat perubahan tekanan udara mendadak.

Satu lagi keadaan kritikal yang biasa dialami oleh pendaki adalah High Altitude Pulmonary Edema (HAPE) melibatkan pengumpulan cecair dalam paru-paru, juga disebabkan perubahan tekanan udara mendadak.

Ikuti bahagian pertama:

Mabuk gunung: Ibu anak dua sabung nyawa di Makalu

Comments

comments