Mabuk gunung: Ibu anak dua sabung nyawa di Makalu

Ketika cuba menawan puncak kelima tertinggi di dunia, Kit DesLauriers bertemu lawannya yang sebenar – tekanan udara yang boleh membunuhnya.


Kit DesLauriers seorang peluncur ski berpengalaman. Ibu kepada dua orang anak ini tidak pernah mengalami mabuk gunung teruk yang boleh membawa maut, sehinggalah beliau mendaki Gunung Makalu di sempadan Tibet dan China.

Penerima anugerah National Geographic Adventurer of The Year untuk tahun 2015 itu hanya mengalami mabuk gunung biasa ketika mendaki Kilimanjaro pada ketinggian 18,000 kaki (5,500 meter).

Sewaktu pendakian Kilimanjaro pada 2005, beliau hanya mengalami sakit kepala dan muntah-muntah. Itulah episod mabuk gunung (Acute Mountain Sickness atau AMS) paling teruk yang dialaminya – tapi itupun masih dikira biasa-biasa sahaja.

Semasa pendakian di Makalu pada 2 September tahun lalu, DesLauriers tahu bahawa beliau bertemu lawannya yang sebenar – tekanan udara yang boleh membunuhnya.

A photo posted by Kit DesLauriers (@kitdski) on


Beliau mula berasa sakit apabila menuju kem pengkalan seterusnya, pada ketinggian 18,400 kaki. Selepas berehat sehari suntuk pada keesokan harinya, DesLaurier berasa segar semula.

Namun, sakit kepala itu datang semula apabila beliau membuat pendakian singkat pada sebelah petangnya.

“Itu adalah tanda amaran kepada saya kerana sakit kepala disebabkan altitud akan muncul selepas memerah tenaga, dan bukan ketika membuat aktiviti,” katanya dalam tulisan disiarkan laman Outside Online.

Rakannya menyarankan beliau mengambil Diamox, sejenis ubat yang digunakan untuk merawat mabuk gunung, serta ubat tahan sakit.

Selepas mengambil ubat, simptom itu semakin buruk dalam tempoh beberapa jam. DesLauriers berasa loya dan sukar tidur. Beliau terbangun dan berasa sakit kepala yang amat teruk.

Rasa sakit itu bermula di bahagian pangkal kepala dan beliau berasa sukar menggerakkan kepala. DesLauriers sememangnya terlatih sebagai Wilderness First Responder dan sedar bahawa keadaan yang dialaminya itu bukanlah mabuk gunung biasa.

DesLauriers percaya bahawa beliau mengalami cerebral edema – keadaan di mana otak membengkak akibat pengumpulan cecair berlebihan dalam kepala.

Beliau seterusnya mengambil ubat Dexamethasone, sejenis steroid untuk mengatasi cerebral edema dan juga ubat untuk merawat loya.

Selepas 30 minit, rasa tidak selesa itu berkurangan dan beliau dapat tidur semula. Pada jam 1 pagi, beliau bagaimanapun terbangun semula dengan sakit kepala teruk.

“Rasa sakit itu tidak dapat saya bayangkan,” kataya.

Apabila beliau membuka mata, DesLauriers dapati penglihatannya terjejas. Badannya hanya dapat meresap oksigen antara 72 hingga 73 peratus sahaja.

Jantungnya berdegup kencang sehingga 100 degup seminit ketika rehat. Beliau berasa keliru dan kepenatan. Ketika itu, DesLauriers tahu bahawa beliau perlukan bantuan oksigen untuk meneruskan hidupnya.

Ikuti sambungan dalam bahagian seterusnya tidak lama lagi.


Keadaan yang dialami oleh DesLauriers dikenali sebagai High Altitude Cerebral Edema (HACE) di mana otaknya mengalami tekanan akibat pengumpulan cecair di dalam tempurung kepala. Keadaan ini berlaku akibat perubahan tekanan udara mendadak.

Satu lagi keadaan kritikal yang biasa dialami oleh pendaki adalah High Altitude Pulmonary Edema (HAPE) melibatkan pengumpulan cecair dalam paru-paru, juga disebabkan perubahan tekanan udara mendadak.

Comments

comments