Konflik dalam Kaki Jalan setanding karya Kerouac

Oleh Ezzmer Daruh

Bilamana membuka buku travelog, saya lebih suka menikmati perasaan dan fakta berbanding kemewahan prosa.

Menekuni jalan cerita dalam Kaki Jalan, saya agak terpesona malah terpegun dengan karya Sharifah Nurshahidah.

Penulis bukan sahaja pintar menurunkan prosa dan fakta diingini, malah perasaan sedar dan tidak sedar diijab dalam inti yang ingin dirasa.

Sebahagian dari tempat yang diceritakan pernah saya jejak tapi saya tidak jumpa rasa seperti dialami penulis.

kaki jalan sharifah nurshahidahJika sudah membaca On The Road (karya Jack Kerouac) dan menonton filem The Motorcycle Diaries (olahan dari memoir Che Guevara) pasti anda turut mengalami kesan yang sama selepas membaca Kaki Jalan.

Saya melihat, konflik dan perasaan dalam Kaki Jalan seperti memakai haruman yang sama dengan kedua-dua karya besar tersebut.

Bahagian yang menjadi kegemaran saya dalam buku ini adalah tulisan mengenai daerah Solo di mana kita dipertemukan dengan Sipon – isteri kepada penyair dan aktivis hak asasi Indonesia, Widji Thukul.

Melalui seorang teman Thukul, yang ditemui Sharifah, kita dapat mengenal bahawa “luarbiasanya Thukul adalah kerana luarbiasanya Sipon”.

Ketika membaca bab ini, watak Sipon dan Thukul seperti sedang merenung semasa air mata menitis bangga ke pipi saya.

Terima kasih Sharifah Nursyahidah kerana kuntumkan buku ini buat Malaysia.

 


Buku Kaki Jalan diterbitkan oleh Deleted Books. Ia menyoroti perjalanan gadis kelahiran Kota Kinabalu ini melihat cara hidup masyarakat kelas tinggi di Eropah dan kehidupan warga kemacar di Indonesia.

Graduan sarjana sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia ini juga banyak mengamati politik dan budaya counterculture – khususnya punk.

Tulisannya pernah disiarkan oleh penerbitan Solidariti Pekerja, Islam Bergerak, Koran Migran dan The Malaysian Insider.

Pesanan: Deleted Books

Tulisan ini berdasarkan pengalaman dan pandangan penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian KEMBARA.MY.

Anda ingin muatkan ulasan buku travelog? Hantarkan kepada kami ([email protected]).

Comments

comments