Kenapa Perth Airport ada tempat permainan kanak-kanak?

Saringan keselamatan dan imigresen di lapangan terbang Perth, Australia merupakan antara yang paling ketat di dunia. CEO Perth Airport, Brad Geatches mengakui bahawa proses saringan imigresen dan keselamatan di lapangan terbang itu boleh memberi tekanan kepada golongan pengembara yang membawa ahli keluarga, terutamanya anak kecil.

Untuk mengurangkan tekanan ini, Perth Airport menyediakan satu zon khas yang mesra keluarga di ruang pelepasannya, yang dinamakan Haymarket. Tarikannya utamanya adalah ruang F&B dan juga tempat permainan untuk kanak-kanak.

“Mencari tempat mendaftar masuk, imigresen dan saringan keselamatan ketika membawa kanak-kanak sedikit sebanyak boleh menghilangkan seri ketika baru memulakan percutian keluarga.

“Maka, dalam ruang ini, ibu bapa boleh menghilangkan stress sebelum penerbangan dan si kecil pula dapat memperolehi pengalaman yang boleh menjadi pengalaman indah ketika awal perjalanan mereka,” kata Geatches.

Kenyataannya dipetik dalam satu laporan media tempatan negara itu pada bulan lalu.

Comments

comments