Kembara Memburu Hikmah di Segari, Lumut

Hari kesembilan. Kami mula bertolak ke arah Batu Hampar pada pagi ini dan seterusnya ke Beruas, insya-Allah.

Alhamdulillah, sempat bersarapan nasi lemak Bro Syaaban di Pekan Pantai Remis ?

Setakat ini, kami berjaya meliputi jarak kira-kira 230 kilometer sejak berlepas dari Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 8 April lalu.

Kami menetapkan sasaran ke Masjidil Haram, Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dalam misi yang dinamakan Kembara Memburu Hikmah.

Kami juga akan mengumpul maklumat masyarakat Islam yang memerlukan bantuan di sepanjang perjalanan ini.

Maklumat ini akan disusuli dengan sumbangan bantuan dari NGO MyCare, yang merupakan salah satu daripada penaja ekspedisi.

 


Perjalanan pasangan anak muda ini akan merentasi 12 negara meliputi jarak lebih 12,000 kilometer.

Comments

comments