Kembali ke asal untuk Pertandingan Foto Orang Asal 2016

Orang Asal di Malaysia lazimnya diami kawasan yang hampir dengan tempat tumpuan golongan pendaki gunung dan peminat aktiviti rekreasi.

Dalam kita berseronok mengejar puncak bukit untuk rakam foto selfie, apa kata kita berhenti sejenak untuk jenguk penempatan ini?

Gambar bertajuk ‘Kehidupan di puncak bukit’ ini merupakan antara penyertaan dalam Pertandingan Foto Orang Asal 2016.

Alangkah baiknya jika pertandingan seperti ini dapat ketengahkan isu yang dihadapi golongan Orang Asal.

Antara isu yang menjadi kebimbangan mereka adalah penerokaan hutan secara haram, seperti yang didakwa berlaku di kawasan Hutan Simpan Kuala Krau.

Kawasan tadahan air ini membekalkan sumber air yang amat berharga kepada hampir 1,000 penduduk Orang Asli dari suku kaum Jahut dari Kampung Pian serta Kampung Terbol.

Tarikh tutup penyertaan untuk pertandingan anjuran Jaringan Orang Asal Semalaysia ini adalah pada 31 Julai 2016!

Kirim penyertaan anda ke emel [email protected] bersama-sama maklumat anda;

Nama:
Alamat:
No Tel:
Emel:

Tajuk gambar:
Tempat gambar diambil:
Tarikh gambar diambil:

Klik untuk maklumat lanjut di laman acara pertandingan di FB.

Comments

comments