Kelengkapan penting, khemah bermutu dari Qura Quat

Tengkujuh datang lagi. Mungkin ada yang mengeluh kerana banyak kegiatan mendaki terpaksa ditangguhkan, tetapi musim hujan ini juga memberi peluang kepada kita untuk berehat, memperbaiki dan mengganti peralatan serta kelengkapan.

Untuk panduan ini, kami meneliti peralatan perkhemahan jenama Qura Quat yang semakin meningkat popular di kalangan pengguna tempatan.

Jenama ini sudah setahun bertapak di Malaysia dengan menawarkan produk yang setanding, malah lebih bermutu berbanding jenama lain.

1. Khemah Qura Quat Semi-Pro

Khemah ini mampu memuatkan dua hingga tiga orang dewasa dengan selesa. Ia direka untuk mengatasi masalah utama ketika berkhemah dalam cuaca panas dan lembap seperti di negara kita.

Paling utama, fabrik polyester lapisan luarnya mempunyai tahap kalis air PU3000mm. Tiada masalah walaupun dalam hujan lebat – air hujan tidak akan memasuki khemah.

Pintunya boleh ditopang dengan tongkat mendaki menjadi bukaan yang luas. Bahagian belakangnya dilengkapi tingkap besar yang membantu pengudaraan. Beratnya hanya 1.8kg, mudah dibawa dalam beg galas.

Tarikan utamanya tentulah pada harganya, jauh lebih murah berbanding model khemah dengan spesifikasi serupa keluaran jenama lain yang mencecah lebih RM450 dengan tahap ketahanan air lebih rendah.

Saiz: 220cm x 150cm x 110cm
Material khemah: 210T Polyester Teffeta
Material tapak: Oxford D210
Indeks tahan air: PU3000mm
Material tiang: Aviation Aluminum Rod 7.0mm
Berat: 1.8kg (termasuk paku, tali & bag)
Topang pintu: Tidak disertakan (boleh guna tongkat mendaki)
Harga: RM300 termasuk pos (RM240 di Karnival Qura Quat)
Hubungi ejen Qura Quat: 019-333 0264 (klik nombor untuk mulakan perbualan di Whatsapp)

2. Teduhan dilengkapi pintu Qata Quat

Buat kali pertama, pengguna tempatan mempunyai pilihan untuk mengguna teduhan yang dilengkapi pintu.

Kelebihan utama pintu ini yang utama sekali adalah untuk mengelakkan dari tempias hujan – amat berguna sekiranya anda hanya berminat untuk bermalam dengan buaian.

Teduhan ini juga dihasilkan daripada tenunan ripstop (tahan koyak) dari polyester yang sangat rapat dan memberi tahap ketahanan air PU3000.

Produk jenama QataQuat Ia akan mula dipasarkan menjelang pertengahan bulan ini.

Material: Polyester 210T Ripstop (anti-koyak)
Indeks tahan air: PU3000mm
Saiz:  3m x 3m
Berat: 0.8kg
Dilengkapi dengan pegs, tali dengan pantulan cahaya dan beg
Harga: RM250 (RM225 dengan kad diskaun)
Hubungi ejen Qura Quat: 019-333 0264 (klik nombor untuk mulakan perbualan di Whatsapp)

3. Teduhan Qura Quat

Teduhan ini menjadi amat popular sejak dipasarkan pada tahun lalu atas beberapa sebab. Paling utama adalah tahap kalis airnya – dengan indeks PU3000. Selepas seharian mendaki, tiada apa yang lebih penting selain tempat berteduh yang selesa.

Ia mudah dibawa dan ringan. Dan didatangkan dalam lima saiz. Paling kecil, 3×3 meter, hanya seberat 600 gram manakala yang paling besar, 4×5 meter seberat 1.2kg

Setiap sambungan jahitannya dilapisi dengan pita kalis air dan warna terang teduhan ini memudahkannya dilihat – supaya tidak dilanggar pada waktu malam.

Material: Polyester 210T Ripstop (anti-koyak)
Indeks tahan air: PU3000mm
Berat: (600g-1200g)
Dilengkapi dengan paku, guyline dan beg
Warna terang, mudah dilihat pada waktu malam
Setiap sambungan dilapisi pita kalis air
Lima saiz: 3x3m, 3x4m, 4x4m, 4×4.4m, 4x5m)
Hubungi ejen Qura Quat: 019-333 0264 (klik nombor untuk mulakan perbualan di Whatsapp)

4. Penunu gas memasak Qura Quat dengan tungku kaki tiga

Api yang dihasilkan dari penunu ini besar, sama seperti di dapur rumah. Dengan itu, kerja memasak jadi lebih mudah dan cepat.

Ia hanya mempunyai beberapa komponen dan boleh dipasang dan dilipat semula dengan mudah. Kita boleh padankan dengan tong gas kecil yang mudah didapati di pasar raya.

Material: Stainless steel
Saiz: 100mm x 110mm x 35mm
Harga: RM60 di Karnival Qura Quat
Hubungi ejen Qura Quat: 019-333 0264 (klik nombor untuk mulakan perbualan di Whatsapp)

5. Tuala mikrofiber

Tiada siapa yang suka tuala yang lembap dan berkepam kerana disimpan di dalam beg sebelum kering sepenuhnya. Tuala begini biasanya dibuat dengan material kapas. Kuat menyerap air dan kuat pula menyimpannya.

Tuala jenis mikrofiber pula lebih kuat menyerap air tetapi mudah kering. Pilihan utama di kalangan penggiat sukan, pengembara dan kaki gimnasium. Struktur mikrofiber ini juga membolehkannya dilipat menjadi lebih kecil untuk simpanan.

Material: Mikrofiber
Saiz: 140cm x 70cm
Harga: RM25 di Karnival Qura Quat
Hubungi ejen Qura Quat: 019-333 0264 (klik nombor untuk mulakan perbualan di Whatsapp)

Kesemua produk ini boleh dibeli di Karnival Qura Quat di Sungai Kuali, Janda Baik pada 9 hingga 10 Disember 2017.
Hubungi urusetia karnival:
– Hafidz Chip Afiz: 011-12399502 (klik nombor untuk mulakan perbualan di Whatsapp)
– Hafeez Edzwan: 019-9949029  (klik nombor untuk mulakan perbualan di Whatsapp)

Lihat juga produk lain di laman Facebook Qura Quat


Anda ingin tambah maklumat ke dalam tulisan ini? Tinggalkan komen atau e-mel kepada kami ([email protected]).

Comments

comments