Kekayaan Myanmar bukan hanya pada binaan

TRAVELOG | Kembara Memburu Hikmah

Oleh Ahmad Mohd Isa

 

Kami memasuki Myanmar dengan debaran dan kini mengenang segala peristiwa yang dilalui dengan senyuman.

Sebelum menyeberangi sempadan Myanmar, kami diperdengarkan dengan pelbagai kisah yang menggusarkan hati. Debaran itu ada.

Kami telahpun bersedia untuk menghadapi segala keadaan dan kemungkinan. Namun, keyakinan masih tersemat di hati bahawa setiap kejadian terjadi dengan kehendak-Nya.

Hanya kepada-Nya kami memohon pertolongan dan kepada-Nya jua kami berserah.

Myanmar baru sahaja mengalami perubahan corak politik dan pemerintahan. Republik ini baru saja berjaya mengecap nikmat demokrasi selepas bertahun-tahun diperintah junta tentera.

Di mata sesetengah orang, negara ini mungkin bukan destinasi pelancongan pilihan. Namun bagi kami, bumi ini sangat kaya.

Kami memasuki Myanmar dengan debaran dan kini mengenang segala peristiwa yang dilalui dengan senyuman. Sebelum menyeberangi sempadan Myanmar, kami diperdengarkan dengan pelbagai kisah yang menggusarkan hati. Debaran itu ada. Kami telahpun bersedia untuk menghadapi segala keadaan dan kemungkinan. Namun, keyakinan masih tersemat di hati bahawa setiap kejadian terjadi dengan kehendak-Nya. Hanya kepada-Nya kami memohon pertolongan dan kepada-Nya jua kami berserah. Myanmar baru sahaja mengalami perubahan corak politik dan pemerintahan. Republik ini baru saja berjaya mengecap nikmat demokrasi selepas bertahun-tahun diperintah junta tentera. Di mata sesetengah orang, negara ini mungkin bukan destinasi pelancongan pilihan. Namun bagi kami, bumi ini sangat kaya.

Bumi Myanmar yang kaya

Di sini kami melihat beribu-ribu kuil dan stupa yang terbina sejak ratusan tahun dahulu. Khazanah arkeologi ini terpelihara dengan baik di kota tua Bagan.

Hampir setiap binaan pada kuil di sini dihiasi kepingan emas dan batu permata. Namun kekayaan ini tidak hanya terzahir pada struktur binaannya. Ada perkara lain yang membuatkan kami menghargai dan merindui Myanmar.

Jika anda menggemari batu perhiasan, Myanmar adalah tempat paling baik untuk mendapatkan permata dan jed bermutu tinggi.

Namun orang di sini masih makan sirih dan berjalan kaki ayam. Mereka hanya berkain pelikat dan berselipar sahaja untuk ke acara rasmi, itu perkara biasa.

Kereta lembu dan beca masih banyak berkeliaran di jalan rayanya. Petani masih lagi membajak dengan menggunakan kudrat lembu serta kerbau dan ramai yang menternak binatang.

Apa yang menyentuh hati kami adalah hati budi masyarakatnya tidak dapat dinilai dengan kebendaan. Di sana sini, kami disapa dengan lambaian dan hon kenderaan yang ramah. Di mana-mana saja, kami disambut dengan mesra. Ada yang memberi salam, menegur dengan sapaan “Minglabar” dan ada juga yang terus menyapa, “Hello, kawan. Dari Malaysia kah?” Kami saksikan keceriaan di wajah mereka dan dapat merasai kejujuran dan keikhlasan mereka untuk membantu. Kehadiran kami disambut dengan terbuka dan dihargai. Ramai warganya bergantung kepada kiriman nafkah dari saudara mereka yang beradu nasib di tanah air kita. Melihat keadaan ini, sedikit demi sedikit, kegusaran hati kami pudar dan akhirnya hilang.

Hilang gusar

Hati budi masyarakatnya tidak dapat dinilai dengan kebendaan. Di sana sini, kami disapa dengan lambaian dan hon kenderaan yang ramah.

Di mana-mana saja, kami disambut dengan mesra. Ada yang memberi salam, menegur dengan sapaan “Minglabar” dan ada juga yang terus menyapa, “Hello, kawan. Dari Malaysia kah?”

Kami saksikan keceriaan di wajah mereka dan dapat merasai kejujuran dan keikhlasan mereka untuk membantu. Kehadiran kami disambut dengan terbuka dan dihargai.

Ramai warganya bergantung kepada kiriman nafkah dari saudara mereka yang beradu nasib di tanah air kita.

Melihat keadaan ini, sedikit demi sedikit, kegusaran hati kami pudar dan akhirnya hilang.

Kami melihat orang Myanmar mengandar bekas untuk memunggah air dan mandi-manda dari sungai dan telaga. Di tempat inilah juga mereka mencari sumber pendapatan seperti ikan. Satu perkara menarik yang kami lihat, mereka tidak mendayung perahu dengan menggunakan tangan, sebaliknya menggunakan kaki. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, kami perhatikan segenap orang warga Myanmar kuat berusaha. Orang yang tidak bertani atau mencari ikan akan menjaja jualan dan makanan. Barang-barang ini dijunjung di atas kepala atau dikandar untuk dipromosi di hentian keretapi dan bas.

Orang Myanmar gigih cari rezeki

Kami melihat orang Myanmar mengandar bekas untuk memunggah air dan mandi-manda dari sungai dan telaga.

Di tempat inilah juga mereka mencari sumber pendapatan seperti ikan. Satu perkara menarik yang kami lihat, mereka tidak mendayung perahu dengan menggunakan tangan, sebaliknya menggunakan kaki.

Tidak kira lelaki mahupun perempuan, kami perhatikan segenap orang warga Myanmar kuat berusaha. Orang yang tidak bertani atau mencari ikan akan menjaja jualan dan makanan.

Barang-barang ini dijunjung di atas kepala atau dikandar untuk dipromosi di hentian keretapi dan bas.

Mereka gemar menggunakan bedak tanaka sebagai bahan kosmetik. Ketulan kayu tanaka ini diasah pada pasu. Pes berwarna kekuningan yang terhasil itu dipakai di muka untuk kecantikan kulit. Ia digunakan oleh setiap lapisan masyarakat, tidak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak, remaja mahupun yang berumur. Ada juga yang melumur pes tersebut menjadi corak tertentu. Majoritinya berfahaman Buddha. Setiap awal pagi, sami Buddha mengelilingi perkampungan.dengan membawa belanga. Anggota masyarakatnya akan memberi sedekah sebagai tanda hormat kepada para sami. Kuilnya pula begitu indah dengan binaan bertatahkan emas dan permata, seperti yang dilihat di Shwedagon Pagoda. Apa yang kami perhatikan, walau tiada polis yang berkawal, keadaan di sini selamat. Begitu juga keadaannya di pasar-pasar di sekitar bandar yang menjual barangan emas dan permata secara terbuka tanpa pengawal.

Tiada polis berkawal, tapi keselamatan terjaga

Mereka gemar menggunakan bedak tanaka sebagai bahan kosmetik. Ketulan kayu tanaka ini diasah pada pasu. Pes berwarna kekuningan yang terhasil itu dipakai di muka untuk kecantikan kulit.

Ia digunakan oleh setiap lapisan masyarakat, tidak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak, remaja mahupun yang berumur. Ada juga yang melumur pes tersebut menjadi corak tertentu.

Majoritinya berfahaman Buddha. Setiap awal pagi, sami Buddha mengelilingi perkampungan.dengan membawa belanga. Anggota masyarakatnya akan memberi sedekah sebagai tanda hormat kepada para sami.

Kuilnya pula begitu indah dengan binaan bertatahkan emas dan permata, seperti yang dilihat di Shwedagon Pagoda.

Apa yang kami perhatikan, walau tiada polis yang berkawal, keadaan di sini selamat.

Begitu juga keadaannya di pasar-pasar di sekitar bandar yang menjual barangan emas dan permata secara terbuka tanpa pengawal.

masjid benggali hanya 100 meter dari masjid chulia

Wanita tak dibenarkan masuk masjid?

Komuniti Islam membentuk kelompok minoriti yang menduduki kawasan tertentu. Di pekan atau bandar yang terdapat komuniti Islam, kita dapat menemui masjid.

Kebanyakannya bermazhab Hanafi, yang tidak membenarkan wanita berada di masjid. Namun, atas kepercayaan dan keimanan yang sama kepada Allah dan Rasul, kami dilayani dengan begitu baik sekali.

Lain pula keadaannya di satu masjid berhampiran hotel kami di Yangon. Kami terkejut apabila melihat kehadiran wanita di dalam masjid itu.

“Mengapa tidak boleh?,” soal seorang ahli kariahnya apabila kami cuba mendapatkan kepastian.

Tentangan keras dari warga tempatan menyebabkan Adilah terpaksa menumpang untuk bersolat di rumah orang tempatan.

“Masjid bukan hanya untuk lelaki, masjid juga untuk wanita. Ini bukan masjid kita, ini masjid Allah.

“Mengapa orang Islam mesti ikut orang Arab? Pakai jubah, kopiah dan sebagainya? Kenapa kita tidak kekal dengan identiti kita dan mengikut cara Islam?,” katanya.

Orang lelaki Myanmar biasanya hanya berbaju kemeja dan berkain pelikat. Dalam keadaan itu, mereka tetap Islam. Islam itu mudah.

Pada zahirnya kami melihat bahawa orang Myanmar tidaklah kaya-raya, namun dari layanan itu, kami dapat rasakan betapa kaya dan mewahnya jiwa mereka. Di sini juga kami temui buah-buahan tempatan, terutama buah mangga gred paling baik – A+++. Mangga ini boleh dicari di Sain Ta Lone. Selain mangga, durian, nenas, laici, rambutan, manggis, nangka, cempedak, betik, tembikai, pisang juga banyak dijaja di tepi jalan dan di pekan-pekan. Yang pasti, kebanyakannya dibela secara organik tanpa menggunakan baja kimia. Di sini juga kami menikmati mohinga, chennai dan khauk swe yang lazat. Memang padanlah makanan ini digelar sebagai juadah istimewa. Proses penyediaan makanan mereka masih mengikut cara tradisi dengan menggunakan tangan. Nasi tanpa kanji dimakan bersama kuah dal dan kari dan pelbagai sayuran. Bubur lambuk yang disajikan kepada kami pula berasaskan kacang kuda dan dimasukkan isi daging lembu. Kami juga menikmati pelbagai jus buah seperti delima, mangga, nenas dan plum merah. Di sini, banyak khazanah alamnya banyak yang masih belum terusik oleh pembangunan dan pemodenan. Kami bersyukur kerana kembara di Myanmar berjalan dengan lancar. Kami tidak dapat meneruskan perjalanan dengan basikal ke India kerana masalah politik di negara ini. Lalu, kami terpaksa menaiki pesawat ke Kolkata pada 21 Jun.

Tiada jalan untuk berbasikal ke India

Pada zahirnya kami melihat bahawa orang Myanmar tidaklah kaya-raya, namun dari layanan itu, kami dapat rasakan betapa kaya dan mewahnya jiwa mereka.

Di sini juga kami temui buah-buahan tempatan, terutama buah mangga gred paling baik – A+++. Mangga ini boleh dicari di Sain Ta Lone.

Selain mangga, durian, nenas, laici, rambutan, manggis, nangka, cempedak, betik, tembikai, pisang juga banyak dijaja di tepi jalan dan di pekan-pekan.

Yang pasti, kebanyakannya dibela secara organik tanpa menggunakan baja kimia.

Di sini juga kami menikmati mohinga, chennai dan khauk swe yang lazat. Memang padanlah makanan ini digelar sebagai juadah istimewa.

Proses penyediaan makanan mereka masih mengikut cara tradisi dengan menggunakan tangan. Nasi tanpa kanji dimakan bersama kuah dal dan kari dan pelbagai sayuran.

Bubur lambuk yang disajikan kepada kami pula berasaskan kacang kuda dan dimasukkan isi daging lembu. Kami juga menikmati pelbagai jus buah seperti delima, mangga, nenas dan plum merah.

Di sini, banyak khazanah alamnya banyak yang masih belum terusik oleh pembangunan dan pemodenan. Kami bersyukur kerana kembara di Myanmar berjalan dengan lancar.

Kami tidak dapat meneruskan perjalanan dengan basikal ke India kerana masalah politik di negara ini.

Lalu, kami terpaksa menaiki pesawat ke Kolkata pada 21 Jun.

Ikuti selanjutnya travelog Kembara Memburu Hikmah.