Kapal kargo M’sia, 6 anak kapal tamat riwayat di sini

Saya melewati Aleutian Islands sudah lebih 15 kali. Dari tahun 1984 hingga 1991 dan dari 1996 hingga 2001, saya sering berlayar di antara pelabuhan di Jepun, Korea, China dengan Vancouver di Canada dan Portland di Oregon, Amerika Syarikat.

Kepulauan Aleutians terdiri dari 14 buah pulau besar dan 55 buah pulau kecil yang terbentuk dari bekas Gunung Berapi. Ada 57 buah gunung berapi di sini.

Aleutian Islands terletak dalam lingkaran Ring of Fire – lingkaran gunung berapi dan tectonic fault dari Kamchatka, Russia, China, Yunan, Indonesia, Papua New Guinea, Micronesia serta pantai Chile dan naik ke San Francisco,California.

Kepulauan ini meliputi kawasan seluas 6,821 batu persegi dan panjang sejauh 1,200 batu ke barat bermula dari Semenanjung Alaska sehingga Kamchatka, Russia. Ia menjadi sempadan antara Bering Sea di utara dan Lautan Pasifik di selatannya.

Kawasan ini beriklim Oceania, di mana hitung panjang suhunya ialah 7°C. Sewaktu musim sejuk, suhunya sekitar -3°C dan di musim panas 11°C.

Kami melewati Kepulauan Aleutian atas dua sebab, pertamanya kerana ia termasuk dalam North Pacific Great Circle Route. Jaraknya lebih dekat, sama seperti yang digunakan oleh kapal terbang komersial.

Sebab yang kedua adalah untuk berlindung dari fenomena tekanan udara rendah (low depression) yang sentiasa terjadi di musim sejuk.

MV Selendang Ayu
Foto Maritim Quest

Kawasan depression selalunya melibatkan kawasan di selatan Aleutian Islands. Jadi, bila melewati utara Aleutian dapatlah kurangkan kesan ombak serta angin yang ganas.

Cuma satu saja kekurangannya. Kawasan ini selalu terjadi kabus tebal di mana jarak penglihatan adalah zero.

Walaupun sudah lebih 15 kali saya lalui kawasan ini, saya tidak pernah berpeluang untuk merakam gambar kerana kabus tebal. Sepanjang masa, mata saya terpaku pada paparan radar.

Saya tidak dapat melupakan Aleutian Islands kerana sebuah kapal Malaysia, MV Selendang Ayu, patah dua dan terdampar di sini. Saya pernah berlayar dengan MV Selendang Ayu sebelum kejadian tersebut berlaku.

Dalam peristiwa hitam yang berlaku dalam tahun 2004 itu, seramai enam anak kapal terkorban. Ia berlaku apabila helikopter Dauphin milik US Coast Guard terhempas akibat terkena percikan ombak kuat dari kapal.

Kapal sepanjang 225 meter itu berlepas dari Seattle, Washington pada 28 November dengan tujuan ke Xiamen, China dengan membawa kargo 60,200 tan kacang soya.

Selain itu, ia turut membawa bekalan bahan bakar sebanyak 1,100 tan untuk perjalanannya ke China. Ia tumpah ke lautan dalam kejadian tersebut.

Kapal itu akhirnya terdampar di perairan Spray Cape, Unalaska.


Anda ingin tambah maklumat ke dalam tulisan ini? Tinggalkan komen atau e-mel kepada kami ([email protected]).

Comments

comments