Juruterbang KLM kongsi rakaman paling indah dari kokpit pesawat

Christiaan van Heijst percaya bahawa antara pemandangan paling indah di dunia dapat hanya dapat dinikmati dari kokpit kapal terbang.

Juruterbang KLM ini kali pertama menatapnya ketika kali pertama menaiki penerbangan ke Amerika Syarikat dari Netherlands pada usia empat tahun.

“Saya melihat warna, cahaya dan perspektif yang tidak terbatas. Saya mencuba merakam magis itu dalam foto,” katanya dalam satu coretan di blog KLM.

Juruterbang berusia 33 tahun ini tidak melepaskan peluang untuk membawa kamera ke dalam kokpit sebaik tamat latihan dan memulakan tugas sebagai juruterbang.

Klik untuk lihat gambar lebih besar

Apabila beliau ditugaskan untuk terbang ke rantau Afrika, pemuda ini sudahpun memiliki kamera gred profesional.

Beliau akan dapat bertukar giliran dengan dua atau tiga juruterbang lain semasa penerbangan jarak jauh. Ia memberikan peluang kepadanya untuk merakam gambar.

“Saya cuma ambil gambar bila ada masa dan ruang. Tugas saya sebagai juruterbang dan tuntutan penerbangan adalah keutamaan mutlak. Fotografi hanya perkara nombor dua.

“Saya sentiasa bawa kamera Nikon D800 dan pelbagai lensa dalam beg penerbangan. Ia memang berat, tetapi saya sentiasa membawanya dalam kokpit.”

14797502_10154174163849472_1220171231_n

Van Heijst menyedari bahawa bahawa beliau begitu bertuah kerana dapat melihat pelbagai muka bumi menarik dari perspektif unik.

“Saya semakin menyedarinya ketika mula terbang di Afghanistan. Lanskap penuh misteri, muka bumi yang berceranggah, pergunungan Hindu Kush yang memukau, landasan di kawasan terpencil dengan kesan kawah akibat pengeboman – itu adalah imej dari satu buku kembara.

“Saya ingin merakamnya untuk berkongsi dengan orang lain yang mungkin tidak akan berpeluang menyaksikannya,” kata van Heijst.

Fotografi tersebut merupakan hobi yang seterusnya berkembang menjadi minat yang begitu mendalam.

Lihat lebih banyak gambarnya di laman Amazing Aviation.

 


Anda ingin tambah maklumat ke dalam tulisan ini? Tinggalkan komen atau e-mel kepada kami ([email protected]).

Comments

comments