Hujan lebat sukarkan operasi cari Mohd Azarul

Oleh Salhan K Ahmad

Selepas empat hari operasi pencarian, usaha mencari Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20 setakat ini masih belum membuahkan hasil.

Setakat semalam operasi bersepadu oleh pasukan mencari dan menyelamat beralih tumpuan ke kawasan Gunung Tok Wan di belakang Bukit Broga dan juga kawasan berhampiran saliran air Sungai Broga.

Menurut sumber polis, antara kawasan yang menjadi tumpuan pencarian semalam adalah laluan air sepanjang Sungai Broga.

Difahamkan, keluasan kawasan yang sudahpun diliputi oleh pasukan pencarian sudah melebihi 35 kilometer persegi setakat ini.

comm centreSebelum ini terdapat sekurang-kurangnya dua kes pendaki yang hilang Bukit Broga. Salah satunya melibatkan 10 orang pelajar sekolah yang ditemui di Sungai Kacau.

Satu lagi kes melibatkan satu kumpulan individu yang ditemui di Gunung Tok Wan.

Keadaan hujan lebat ketika awal operasi, empat hari lalu menyukarkan pencarian kerana menghilangkan menghilangkan banyak petanda penting seperti kesan tapak kaki.

Bagaimanapun keadaan cuaca kembali cerah semasa tinjauan KEMBARA.MY semalam. Antara pasukan yang terus setia berkhidmat dalam operasi ini adalah pasukan bomba dan penyelamat serta Tiger Platoon dari Pasukan Gerakan Am.

Platun ini sering berlatih di kawasan sekitar Bukit Broga dan mahir dengan bentuk muka bumi di kawasan sempadan Selangor-Negeri Sembilan ini.

© Salhan K AhmadIa turut dibantu oleh kumpulan pengendali dron, radio amatur dan Mountain Search and Rescue Society (MOSARS).

Ketika ditemui, penyelaras MOSARS, Muzafar Mohamad menasihati pendaki untuk mendaftar terlebih dahulu untuk memudahkan koordinasi.

“Ini adalah untuk kawalan operasi. Sekurang-kuranya kita tahu destinasi tujuan dan sebagainya.

“Tidak tak mahu nanti bila masuk tak tahu hendak ke mana, apa yang berlaku dan tidak tahu bila masanya untuk stand down,” kata Muzafar.

Lebih 60 orang pendaki membantu pencarian melalui MOSARS, semalam dan jumlah itu dijangka meningkat ketika cuti Tahun Baru Cina, hujung minggu ini.

Mangsa, Mohd Azarul mendaki bersama enam lagi rakannya petang Isnin lalu, sebelum dilaporkan hilang.


Anda ingin tambah maklumat ke dalam tulisan ini? Tinggalkan komen atau e-mel kepada kami ([email protected]).

Comments

comments