6 sebab untuk bawa buaian semasa berkhemah

Kalangan pendaki gemar menggunakan buaian atau hammock untuk berehat atau bermalam, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

buaian2

Kita biasa lihat buaian dari jenis rajut yang diperbuat daripada anyaman tali, sama ada dari bahan semulajadi atau dari produk polimer seperti nylon atau PVC.

Ada juga buaian yang diperbuat dari fabrik dan dilengkapi dengan kanvas untuk menghalang hujan atau sinaran matahari.

Selain itu, kita juga boleh memilih buaian yang dilengkapi kelambu untuk menghalang serangga.

Kelebihan mengguna buaian:

1. Lebih murah. Sesetengah buai dijual dengan harga kurang dari RM100.

2. Ruang lebih luas. Ketika cuaca panas, kita akan terdedah kepada udara segar untuk penyejukan dari segenap penjuru.

buaian33. Lebih mudah dibawa dan dipasang. Berat sesetengah buaian kurang dari 300g, jauh lebih ringan berbanding khemah. Jika di dalam hutan, kita senang mencari pokok yang kukuh untuk memasang buai.

4. Lebih selesa, terutama jika permukaan kawasan perkhemahan basah atau dipenuhi batu tajam. Kita juga dapat nikmati ruang peribadi dan tidak perlu bersesak-sesak dalam khemah.

5. Hindar gigitan haiwan berbisa seperti semut, lipan, kala jengking, ular.

6. Tidur lebih nyenyak. Anak kecil pun akan mudah lelapkan mata apabila buaian diayun, apatah lagi kita. Tambahan pula ketika berada dalam suasana damai di tepi air terjun, bawah pohon rendang…

 


cekelat angin profile pixCekelat Angin adalah anggota HACAM. Tulisannya menghimpun panduan, pandangan dan petua berhubung kegiatan mendaki gunung dan perkhemahan.

Beliau berpengalaman merintis denai di laluan pendakian riadah di seluruh Malaysia sejak tahun 1970-an.

 

Iklan dari komuniti HACAM

abot hammock
Quechua Hammock
Saiz: Bebas
Ukuran: 2.3m x 1.3m
Kapasiti: 110kg
Pembelian online: Abot Shop Gear

Comments

comments