Condor tawar parang, duku, golok bermutu

Parang adalah alat ikhtiar hidup paling berguna untuk anda gunakan di dalam hutan. Malah, ada pengeluar peralatan kegiatan lasak seperti Condor Knife and Tool yang sanggup melabur untuk mengeluarkan parang mereka sendiri.

Produk dinamakan Condor Village Parang ini dianggap lebih senang digunakan berbanding machete, yang lebih popular di Amerika Latin.

Parang lebih mudah dikawal, dan boleh dihayun untuk memotong pokok seperti kapak. Ia juga boleh digunakan untuk kegunaan ringan seperti penyediaan makanan asas.

Condor Village Parang berukuran dua kaki panjang dengan hulu sepanjang 17.5 inci. Mata diperkukuh dengan keluli dengan kandungan karbon tinggi.

Condor Village Parang dengan kemasan sarung kulit ini dijual dengan harga USD95. Selain parang, Condor juga mengeluarkan dua lagi alat yang sememangnya dekat dengan alam kita, Duku dan Golok.

Harga: USD95
Pengeluar: Condor Tool & Knife

Comments

comments