Canon tonjol ‘raja segala EOS’ untuk penggemar hidupan liar

Antara 10 model kamera yang dilancarkan Canon Marketing Malaysia untuk pasaran Malaysia pada minggu lalu.

Kamera baru Canon 2016

  • EOS-1DX Mark II

    EOS-1DX Mark II

    Model ini diuar-uarkan oleh Canon sebagai “raja” dalam siri ini. Dengan harga jualan RM 25,299, kamera ini lebih sesuai untuk golongan profesional – bidang kewartawanan, sukan dan fotografi alam.
  • EOS-1DX Mark II

    EOS-1DX Mark II

    Menurut Canon Marketing Malaysia, mutu gambar yang dirakam dengan menggunakan kamera ini cukup baik. Setiap frame dari rakaman videonya menghasilkan imej pegun yang bermutu.
  • EOS-1DX Mark II

    EOS-1DX Mark II

    Kamera ini dilengkapi sistem GPS untuk menanda maklumat lokasi yang lebih tepat. Ciri ini amat berguna ketika mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
  • EOS 1300D

    EOS 1300D

    Tumpuan KEMBARA.MY adalah pada EOS 1300D yang dilihat sesuai bagi pengembara yang ingin merakam imej bermutu pada harga bajet.
  • EOS 1300D

    EOS 1300D

    Dengan harga jualan RM2,009, kamera ini sesuai untuk jurugambar kasual dan individu yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi.
  • EOS 80D

    EOS 80D

    Perubahan besar adalah pada fokus automatik dan keupayaannya pengesan CMOS dan kelajuan ISO (hingga 25,600).
  • EOS 80D

    EOS 80D

    Dengan harga RM 4,899 (badan sahaja), kamera ini dilihat lebih sesuai kepada penggemar rakaman aksi dan juga jurugambar bajet yang selesa dengan keupayaan EOS 70D.
  • Powershot G7x Mark II

    Powershot G7x Mark II

    Ia merupakan kamera Canon pertama yang dilengkapi pemproses baru DIGIC 7. Selain meningkatkan kepantasan, enjin baru ini membolehkan rakaman lebih baik dalam cahaya malap.
  • Powershot G7x Mark II

    Powershot G7x Mark II

    Pemproses DIGIC 7 juga membolehkan kamera ini menyorot fokus ketika rakaman aksi dengan lebih baik.

Gred profesional: EOS-1DX Mark II

Canon tonjolkan model EOS-1DX Mark II, yang diuar-uarkan oleh syarikat itu sebagai “raja” dalam siri ini. Dengan harga jualan RM 25,299, kamera ini lebih sesuai untuk golongan profesional – bidang kewartawanan, sukan dan fotografi alam.

Menurut Canon Marketing Malaysia, mutu gambar yang dirakam dengan menggunakan kamera ini cukup baik dan setiap frame dari rakaman videonya merupakan imej pegun yang bermutu.

Kamera ini juga dilengkapi sistem GPS untuk menanda maklumat lokasi yang lebih tepat. Ciri ini amat berguna ketika mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

Ini bermakna, anda tidak perlu menggaru kepala untuk mengingati setiap lokasi rakaman selepas pulang dari pengembaraan.

Spesifikasi

Harga: RM 25,299
Berat:
1,340g (badan sahaja)
Sensor: 20.2 megapixel 35mm Full Frame CMOS sensor dengan Dual Pixel CMOS AF
Pemproses: Dual DIGIC 6+
Video: 4K 60p (max. 30 mins)

Semi-pro: EOS 80D

EOS80D_Kit_I_001
Model ini merupakan hasil penambahbaikan ke atas model popularnya, EOS 70D. Perubahan besar adalah pada fokus automatik dan keupayaannya pengesan CMOS dan kelajuan ISO (hingga 25,600).

Dengan harga RM 4,899, keluaran baru ini dilihat lebih sesuai kepada penggemar rakaman aksi dan juga jurugambar bajet yang selesa dengan keupayaan EOS 70D.

Spesifikasi

Harga: RM 4,899 (badan sahaja)
Berat: 650g (badan sahaja)

Sensor: 24.2-megapixel APS-C CMOS sensor
Pemproses: DIGIC 6
Video: Full HD 60p

Pro-bajet: EOS 1300D

1300d2
Tumpuan KEMBARA.MY adalah pada model EOS 1300D, yang menggantikan model popular EOS 650D.

Ia dilengkapi tetapan khas untuk merakam gambar makanan – yang meningkatkan keamatan warna dan cahaya imej. Ia turut dilengkapi dengan modul Wifi dan NFC untuk memudahkan pengguna memindahkan gambar untuk suntingan dan juga untuk berkongsi di Internet.

Canon meletakkan EOS 1300 dalam braket harga yang sesuai untuk jurugambar kasual dan individu yang baru berjinak-jinak dalam fotografi.

Spesifikasi

Harga: RM2,009
Berat: 440g (badan sahaja)
Sensor: 18.0-megapixel APS-C CMOS
Pemproses: DIGIC 4+
Video: Full HD 30p

Selain tiga model tersebut, Canon turut membuat penambahbaikan ke atas barisan model kamera kompak Powershot – G7x Mark II, SX720 HS, SX540 HS and SX420 IS.

Comments

comments