Cabaran di Gurun Gobi, padang saujana Kazakhstan

Oleh Iskandar Dzulkarnain

Selepas 33 hari merentasi jalan darat dari Pahang, anggota Kembara Pahang ke London kini berada di Moscow, Russia untuk mempromosi pelancongan ke Pahang.

Kami menyeberang keluar ke Thailand pada 25 September dan seterusnya ke Laos. Dari situ, kami mula menempuh keadaan jalan yang mencabar.

Kelajuan purata hanyalah 25 kilometer sejam di kawasan pergunungan menuju ke sempadan China. Keadaan cuaca bertukar dari panas dan lembap kepada cuaca sejuk dan kering.

Kami melalui Mengla, Liangshan, Kunming, Chengdu, Hanzhong, Lianzhou, Zhangye dan Hami.

#Repost @mnp_nasaruddin with @repostapp ・・・ Pintu masuk ke Kampung Mazak yang terletak di Lembah Tuyuk atau 35 kilometer dari bandar Turfan, China. Antara lokasi penempatan unik yang menyajikan keindahan alam semula jadinya. Menempatkan kira-kira 370 penduduk yang kebanyakannya berketurunan Uygur, kawasan ini memiliki nostalgia dan peradaban dianggar berusia 2,600 tahun. #visitpahang2017 #hogohpahang #panoramicpahang #pahang #dekatje #visitmalaysia #adventure #nature #travel #instatravel #travelgram #tourist #tourism #vacation #traveling #traveldiaries #traveltheworld #traveladdict #travelpics #travellife #traveldeeper #travelphoto #travels #travelawesome #travelpic #travelphotography #XPDCpahangtolondon2016 #expidition #china

A photo posted by TourismPahang #visitpahang2017 (@tourismpahang) on

Suhu menjunam ke 10°C apabila kami menghampiri wilayah tengah China. Kami memerlukan masa 16 hari untuk merentasi China mengikut Laluan Sutera sehingga tiba di Urumqi di barat.

Di sini, kami mula merasai kesan dari keadaan sejuk melampau serta tiupan angin debu kering di kawasan steppe. Kalangan peserta seramai 68 orang mula jatuh sakit.

Di selekoh tertentu, jalannya ghaib ditelan lumpur dan lubang kawah besar. Salah sebuah kenderaan kami terpaksa ditarik keluar dengan menggunakan mesin winch apabila termasuk dalam lubang ini.

Kami juga melalui jalan licin dilitupi salji dan ais. Ada kalanya, kami terpaksa memandu sehingga lebih 20 jam sehari.

Oleh kerana salji yang semakin menebal, perjalanan yang sepatutnya bermula pukul 7 pagi tertangguh hingga sekarang kerana banyak kereta yang tidak boleh dihidupkan kerana kesejukan pada enjin. Mekanik dan beberapa orang lagi sedaya upaya untuk menghidupkan enjin 8 dari 17 kenderaan yang bermasalah. Hari ke-26 – 19 Oktober 2016. Astana – Kostanay ( 740km ) XPDC Pahang To London – Visit Pahang 2017. 24 September – 12 November 2016 17 kenderaan | 69 peserta | 50 hari | 13 negara #visitpahang2017 #hogohpahang #panoramicpahang #pahang #dekatje #visitmalaysia #adventure #nature #travel #instatravel #travelgram #tourist #tourism #vacation #traveling #traveldiaries #traveltheworld #traveladdict #travelpics #travellife #traveldeeper #travelphoto #travels #travelawesome #travelpic #travelphotography #XPDCpahangtolondon2016 #expidition #kazakhstan

A photo posted by TourismPahang #visitpahang2017 (@tourismpahang) on

 

Ada juga kenderaan yang kehabisan bahan api ketika melalui kawasan yang tidak dilengkapi stesen minyak mencukupi. Sebanyak empat buah kenderaan ekspedisi terkandas kerana pemancit bahan apinya beku.

Kebocoran tayar sudah jadi perkara biasa di laluan tidak berturap di Gurun Gobi dan kawasan steppe di Kazakhstan. Walau dalam keadaan yang begitu mencabar, para peserta tidak lepaskan peluang untuk beribadat.

Pasukan kami diketuai Datuk Zamri Mohamad yang berpengalaman mengembara dengan motosikal untuk mengerjakan haji.

#Repost @mnp_nasaruddin with @repostapp ・・・ Cabaran ditempuhi peserta konvoi selepas beberapa enjin kenderaan gagal dihidupkan disebabkan diesel membeku ekoran salji. Perlu dihantar ke bengkel selepas usaha sejak awal pagi pasukan mekanik, gagal menemui penyelesaian. Semoga dipermudah. XPDC Pahang To London – Visit Pahang 2017. 24 September – 12 November 2016 17 kenderaan | 69 peserta | 50 hari | 13 negara #visitpahang2017 #hogohpahang #panoramicpahang #pahang #dekatje #visitmalaysia #adventure #nature #travel #instatravel #travelgram #tourist #tourism #vacation #traveling #traveldiaries #traveltheworld #traveladdict #travelpics #travellife #traveldeeper #travelphoto #travels #travelawesome #travelpic #travelphotography #XPDCpahangtolondon2016 #expidition #kazakhstan

A photo posted by TourismPahang #visitpahang2017 (@tourismpahang) on

Selain Moscow, program promosi destinasi di Pahang juga dibuat di Kunming dan Chengdu di China serta Astana di Kazakhstan. Objektifnya adalah untuk menarik 15 juta pelancong dalam program Visit Pahang 2017.

Perjalanan seterusnya akan melalui Belarus, Poland, Jerman, Belanda, Belgium dan Perancis dan berakhir di London.

Sasaran utama adalah untuk menyertai World Travel Market, pameran pelancongan terbesar dunia yang akan berlangsung di London pada 8 dan 9 November.

Keseluruhan perjalanan selama 54 hari ini akan merentasi 12 negara dengan jarak perjalanan sejauh hampir 18 ribu kilometer. Turut serta dalam perjalanan ini adalah doktor perubatan, mekanik, ahli pemasaran dan pelancongan, petugas pemasaran Pelancongan Pahang dan wartawan media Malaysia.

Comments

comments