Berlayar keliling dunia dengan katamaran tenaga hijau

Dua bulan lalu, pesawat berkuasa solar sepenuhnya, Solar Impulse 2, menamatkan penerbangan mengelilingi dunia meliputi jarak 40,000 kilometer tanpa menggunakan sebarang bahan bakar petroleum.

Dengan tujuan sama, sebuah kapal dengan janaan tenaga yang boleh diperbaharui sepenuhnya, kini sedang bersedia untuk dilancarkan ke laut lepas.

Vesel dinamakan Energy Observer itu sememangnya bukan kapal pertama yang menggunakan tenaga boleh diperbaharui sepenuhnya.

Apa yang membezakan katamaran sepanjang 100 kaki itu daripada kapal layar yang digunakan sejak zaman nenek moyang kita adalah tenaganya yang dijana dari turbin, matahari dan proses elektrolisis.

Katamaran yang akan dikemudi oleh dua pelayar veteran, Victorien Erussard dan Frédéric Dahirel itu kini sedang dipersiap di sebuah limbungan di pantai barat Perancis untuk ekspedisi mengelilingi dunia.

Energy Observer akan berlabuh di 100 lokasi di sepanjang perjalanannya yang dijangka akan mengambil masa sehingga enam tahun.

energy observer design

Vesel berkenaal akan merentasi Laut Mediterranean dan seterusnya merentasi Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.

Pembinaan Energy Observer menerima sokongan dana daripada syarikat dan individu sama yang mendukung projek Solar Impulse 2.

Rekod dan data dari pengembaraan menggunakan siri pesawat Solar Impulse dan Energy Observer merupakan sumber berharga kerana kedua-duanya bakal mengubah penggunaan tenaga dan kaedah perjalanan umat manusia masa depan.

 


Ingin tambah maklumat ke dalam tulisan ini? Tinggalkan komen atau e-mel kepada kami ([email protected]).

EDITOR KEMBARA.MY

Amati dunia luar melalui liputan kami ke atas isu alam, latar geografi, budaya masyarakat, peralatan kembara dan gaya hidup aktif.

Comments

comments