Basikal kembara Marin Muirwoods gagah seperti raksasa

Oleh Acid Mustafa

Marin sudah mula mengeluarkan basikal sejak 1980-an dari California, Amerika Syarikat. Baru-baru ini saya mencuba keluaran baru mereka, Marin Muirwoods – basikal komuter/kembara dengan binaan rangka keluli sepenuhnya.

14433045_1083772805047578_8987513666537053771_n

Roda bersaiz 700X42c bergolek dengan sedap, ia mendaki dengan baik walau agak berat – 12.93 kg tanpa aksesori.

Tenaga disalur melalui gear derailleur Shimano Alivio 9 kelajuan dan pengubah gear dari set Acera. Di hadapan, crankset Suntour XCR Six dengan tiga gegancu sedikit mengecewakan.

marin muirwoods

Saya berharap Marin akan memasang gegancu Shimano, tapi saya menyukai penutup gear di basikal ini kerana saya suka memakai seluar panjang. Ia boleh mengelak seluar saya terkena minyak.

Sistem brek cakeranya juga perlu ditambah baik. Bila membrek, cengkamannya terasa lembut dan mengambil masa lama sebelum berhenti ketika menuruni jambatan tinggi di Muar.

14433213_1083772781714247_676168940743619865_n

Selain itu, Muirwood amat berbaloi kerana diperbuat dari aloi dengan harga mampu milik. Harga basikal Marin kini lebih murah berbanding sebelumnya kerana dikeluarkan di kilang syarikat Indonesia, Polygon.

Secara kesimpulan, basikal ini sangat baik dan selesa. Pelananya sudah memadai dan tidak perlu ditukar untuk menambah keselesaan. Rangka aloinya sedikit fleksibel dan posisi penunggang juga agak tegak.

Dengan ketinggian 5 kaki 6 inci, saya berasa sangat selesa dengan saiz rangka XS, walau dengan ketinggian pelana maksimum.

Harga jualan di pasaran Malaysia adalah sekitar RM1,700, jauh lebih murah berbanding model terkenal seperti Long Haul Trucker dari Surly, 920 dari Trek atau Galaxy dari Dawes.


Anda ingin tambah maklumat ke dalam tulisan ini? Tinggalkan komen atau e-mel kepada kami ([email protected]).

 

Comments

comments