Bagaimana Google Photos pilih gambar terbaik untuk percutian anda?

Aplikasi percuma untuk menyimpan dan menyunting gambar digital Google Photos tahu jika sesuatu gambar dirakam semasa percutian dan sekiranya ia melibatkan orang “penting” dalam diri anda.

Google Photos beroperasi melalui program artificial intelligence (AI) dipanggil Assistant yang antara lainnya bertugas untuk membantu menyunting dan menyusun rakaman gambar pengguna.

AI tersebut akan sentiasa belajar sendiri untuk memperbaiki cara untuk memproses gambar, kata jurucakap Google Photos, David Lieb.

Melalui pembelajaran itu, Assistant mampu mengenali lebih 255,000 imej tanda tempat.

“Jika (Assistant) melihat gambar Eiffel Tower, kita tahu orang itu berada di Paris…,” kata Lieb yang mengetuai jabatan produk Google Photos.

Di samping itu, Assistant akan dapat mengenali gambar individu yang dikira “penting” bagi penggunanya, berdasarkan kekerapan imej tersebut muncul dalam koleksi pengguna.

Sebelum ini, pengguna sudahpun dapat menggunakan bantuan Assistan untuk menyalin gambar dari semua peranti ke dalam satu storan berpusat, secara percuma.

Ia juga mampu mengenali gambar individu, objek sertai spesies haiwan tertentu dan menyusunnya mengikut kumpulan tertentu dan membantu anda mencari imej tersebut dalam arkib.

Kini, Assistant berupaya membuat album dan memilih gambar terbaik tanpa sebarang bantuan anda.

Selain itu, ia juga akan mencantumkan imej untuk membentuk kolaj dan GIF, dan mencadangkan suntingan untuk anda memperbaiki lagi imej tersebut.

Google Photos akan dapat mengetahui bilakah perjalanan anda bermula dan berakhir dan menentukan imej terbaik di antaranya.

Selain itu, aplikasi ini akan membuat satu album khas dan memasukkan data Google Map ke dalam imej digital tersebut dengan maklumat geotag.

Comments

comments