Guna pun sesat? Anita Yusof kongsi panduan guna GPS

PANDUAN

Jangan salahkan GPS jika alat itu membawa anda mengikuti laluan yang tidak sepatutnya, pesan srikandi kita ini.


Sepanjang lebih lapan bulan pengembaraannya mengelilingi dunia, Anita Yusof banyak bergantung kepada alat GPS untuk menunjuk arah perjalanan.

Tempoh perjalanan itu juga memberi peluang kepadanya untuk mengenali fungsi dan tetapan pada alat tersebut dengan lebih baik.

Baginya, antara fungsi GPS yang paling berguna adalah tetapan untuk mencari laluan “paling pantas”, “paling dekat” dan “elak tol”.

Sekiranya ditetapkan untuk mencari laluan paling pantas, alat tersebut akan menganggap jalan utama sebagai laluan sibuk yang akan mengalami kesesakan.

“Jadi GPS akan bawa kita pusing-pusing dan mungkin masuk ke laluan tidak berturap sebab kita mahu laluan paling pantas.

“Kalau kita tetapkan laluan paling dekat pula, jangan hairan kerana kalau kita lalu lebuh raya sekalipun, GPS akan suruh kita keluar dari lebuh raya dan masuk melawat setiap bandar dulu, kemudian masuk ke lebuh raya semula.

“Bila kita masuk ke bandar, ia adalah laluan dekat sedangkan kalau memintasi bandar, perjalanan lebih jauh sebab biasanya anda akan mengambil laluan pekeliling luar,” kata Anita melalui coretannya di Facebook.

Lalu, jangan salahkan GPS jika alat itu membawa anda mengikuti laluan yang tidak sepatutnya, pesannya.

Itulah pengajaran yang diperolehinya selepas berjaya menguasai alat tersebut.

“Macam-macam saya merungut. Guna pun sesat lah, bengong punya GPS lah, dan sebagainya.

“Tapi sekarang selepas 8.5 bulan saya gunakan GPS setiap hari, ia sudah menjadi mainan.

“Saya sedar bahawa yang sebetulnya, bukan GPS itu yang bengong, tetapi dahulu saya yang bodoh,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, beliau juga pernah mengalami keadaan di mana alat GPS tidak dapat mengesan kedudukannya dengan tepat. Teorinya, ia disebabkan kawalan kerajaan negara tersebut ke atas satelit.

Ikuti ulasan Anita ke atas dua model GPS yang digunakannya di bawah.


Srikandi Malaysia ini sedang berusaha mencipta rekod tersendiri mengelilingi dunia dengan motosikal. Sumbangan kepada Anita boleh disalurkan melalui laman Go Fund Me.

Anda ingin berkongsi pengalaman menggunakan GPS semasa kembara motosikal? Tambahkan di ruangan komen atau e-mel kepada kami ([email protected]).


Anita: Isyaratnya tidak kuat. Kadang-kadang, secara tiba-tiba alat ini tidak mampu kesan lokasi dengan tepat. Kemudian, mulalah ia membuat kiraan semula tanpa sudah.

Garmin Nuvi 40

Anita: Isyaratnya tidak kuat. Kadang-kadang, secara tiba-tiba alat ini tidak mampu kesan lokasi dengan tepat. Kemudian, mulalah ia membuat kiraan semula tanpa sudah.
Anita: Tiada junction view – data maklumat tanda jalan dan imej realistik ke atas titik pertemuan jalan di persimpangan utama lebuh raya.

Ketika keluar dari Bosnia dan masuk ke Montenegro, secara tiba-tiba isyaratnya hilang. Mungkin juga sebab di kawasan pergunungan.

Garmin Zumo 350

Anita: Tiada junction view – data maklumat tanda jalan dan imej realistik ke atas titik pertemuan jalan di persimpangan utama lebuh raya. Ketika keluar dari Bosnia dan masuk ke Montenegro, secara tiba-tiba isyaratnya hilang. Mungkin juga sebab di kawasan pergunungan.
 

Comments

comments