Anda sanggup pakai kamus dalam telinga?

Alat jurubahasa ini perlu dipasang di telinga kedua-dua penutur untuk membolehkan mereka berkomunikasi dalam bahasa pilihan masing-masing.


Kita sudah biasa menggunakan kamus, sama ada dalam bentuk analog mahupun digital. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan.

Kamus analog (yang biasanya bercetak di atas kertas) mudah dibawa, tidak kehabisan bateri tetapi akan basah bila terkena air dan tidak dapat digunakan dalam gelap.

Kamus digital pula menggunakan kuasa bateri yang perlu sentiasa dicas. Sesetengah perkhidmatan ini memerlukan sambungan Internet – tidak sesuai digunakan di kawasan luar liputan.

Ini membawa kita kepada satu produk baharu yang dipanggil The Pilot, satu lagi alat elektronik yang anda perlu cas.

Kamus elektronik ini dibangunkan oleh Waverly Labs sejak dua tahun lalu. Firma ini mensasarkan pengguna di kalangan pengembara antarabangsa yang berinteraksi dengan masyarakat pelbagai budaya dan bahasa.

red earpiece the pilot waverly labThe Pilot menggunakan teknologi yang boleh memahami pertuturan manusia dalam bahasa tertentu dan menterjemah kalimah dan ayat berkenaan pada masa itu juga.

Lebih kurang, ia bertindak seperti jurubahasa yang membantu para diplomat berbincang menggunakan bahasa berbeza dalam pertemuan rasmi.

Tapi, alat jurubahasa ini perlu dipasang di telinga kedua-dua penutur untuk membolehkan mereka berkomunikasi dalam bahasa pilihan masing-masing.

Menurut pengasasnya, Andrew Ochoa, beliau mendapat idea untuk membangunkan produk tersebut selepas bertemu seorang gadis Perancis.

Impiannya adalah untuk membolehkan beliau bertutur dengan gadis pujaannya itu dengan jelas.

“Ia satu kehidupan yang tidak dibelenggu, bebas dari sempadan bahasa. Tapi ia bukan lagi satu impian. Kini ia jadi kenyataan,” kata Ochoa dalam video promosi produk tersebut (di bawah).

Untuk peringkat awal, produk berkenaan dijangka akan dipasarkan dengan set bahasa Eropah terlebih dahulu – bahasa Romawi dan bahasa berkaitan Jerman, termasuk bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Itali.

Selepas itu, ia akan menyokong bahasa Slavik, Semitik, Hindi dan Asia Timur.

Firma yang berpengalan di New York, Amerika Syarikat ini akan mula mengambil pesanan awal melalui Indiegogo pada suku kedua tahun ini. The Pilot dijangka akan berada di pasaran pada suku ketiga 2017 dengan harga kira-kira USD300 (RM1,220).

Comments

comments