7 perkara mengenai Google Trips yang pengembara perlu tahu

Kita sudah biasa menggunakan Google Maps untuk memeta perjalanan, mencari arah dan lokasi. Aplikasi baharu Google Trips pula tawar lebih banyak kemudahan untuk pengembara.

Aplikasi telefon pintar ini dilancarkan Isnin lalu dan menggunakan data perjalanan sedia ada dalam e-mail dan menggabungkannya dengan ciri baru untuk membolehkannya digunakan dengan lebih efisien.

Sasaran utama Google adalah untuk menjadikan Google Trips sebagai “pemandu arah peribadi dalam poket anda”.

Pengurus produk Google Trips, Stefan Frank dalam kenyataan di blog rasmi Google menyebut, aplikasi berkenaan bertujuan untuk “mengurangkan kerumitan dan membantu pengembara menikmati percutian”.

Sekali imbas, aplikasi ini nampaknya mampu melakukan banyak perkara untuk anda, tapi tidak semua. Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu sebelum menggunakan Google Trips.

04_5_combo
1. Panduan hampir lengkap

Selepas merangkaikan app ini dengan akaun Gmail, anda bolehlah mula buat trip sulung. Cari bandar destinasi dan masukkan tarikh. Jika anda ingin mengunjungi beberapa bandar berbeza, masukkan nama bandar berkenaan.

Jika app ini sudah mendapat data yang memadai daripada maklumat dalam emel, anda mungkin mendapati trip tersebut sudahpun tersenarai. Anda boleh terus membuka trip berkenaan dan membuat perubahan yang perlu.

App ini mempunyai panduan untuk lebih 200 bandar utama di seluruh dunia. Setiap satunya disenarai dengan enam ciri utama: Reservations (tempahan), Things to Do (aktiviti), Saved Places (data tempat-tempat yang sudah disimpan), Day Plans (rancangan harian), Food & Drink (makan dan minum) dan Getting Around (cara untuk bergerak di sekitar destinasi dan ke destinasi seterusnya).

2. Tidak boleh tempah secara terus

Reservation akan menunjukkan data tempahan penerbangan, hotel dan kereta sewa yang dihimpun dari akaun Gmail. Tempahan yang dibuat menggunakan email lain perlu dipanjangkan ke akaun Gmail tersebut untuk membolehkan datanya digunakan.

Namun, aplikasi ini tidak membenarkan anda membuat tempahan secara terus, ia hanya tunjukkan tempahan yang sudah dibuat.

02_3_combo
3. Umpama buku panduan bergerak

Dengan fungsi Things to Do, anda boleh melihat cadangan destinasi mengikuti kategori, seperti Indoor, Outdoor dan destinasi khusus seperti kedai dan tempat tarikan.

Day Plans pula adalah itinerari yang dicadangkan mengikut tema seperti persiaran untuk tempat bersejarah. Setiap tempat yang disenarai dilengkapi maklumat seperti ulasan pelanggan, waktu operasi dan tempoh perjalanan dari satu tempat ke satu tempat.

Food & Drinks memberi maklumat asas mengenai juadah istimewa sesuatu tempat dan mencadangkan kedai tertentu mengikut kategi khusus seperti “mesra keluarga”.

Getting Around merangkumi semua maklumat pengangkutan termasuk maklumat lapangan terbang, panduan menggunakan pengangkutan awam dan kos teksi.

4. Jimat data

Data perjalanan anda boleh dimuat turun dan boleh diakses walaupun anda tidak lagi disambungkan ke rangkaian Internet atau perkhidmatan selular. Anda tidak perlu membayar kos tinggi untuk data di negara luar dan masih boleh mengakses maklumat tanpa Internet.

Bila disambungkan dengan Internet, app ini boleh salur maklumat secara langsung dan boleh menyarankan kepada anda untuk tidak membuat kegiatan luar bila cuaca buruk. Ia juga akan memberitahu anda jika sesuatu tempat tujuan ditutup.

06_61_combo

5. Boleh sesuaikan ikut citarasa

Day Plan akan memberi saranan aktiviti yang sesuai untuk setiap pengguna tapi anda boleh sesuaikan mengikut citarasa dengan menambah atau memadam tempat-tempat perhentian. Anda juga boleh buat perancangan sendiri.

Aplikasi ini akan menyarankan tempat untuk dilawati berdasarkan maklumat yang diketahuinya mengenai diri anda. Jika ia menemui banyak data bola sepak, ia mungkin sarankan untuk lawat kelab dan tempat tarikan tertentu.

6. Ia tahu hampir segala-galanya

Jika belum menjana apa-apa trip sekalipun, anda mungkin anda mendapati Google Trip sudahpun menjana trip terdahulu berdasarkan penjalanan anda sebelum ini kerana ia memperolehi data tersebut dari akaun Gmail.

Ia dapat mengetahui hotel yang pernah menjadi tempat penginapan anda dan khimat syarikat sewa kereta yang anda pernah gunakan. Maklumat ini berguna jika anda ingin membandingkan khidmat itu apabila kembali ke destinasi sama kelak. Jika tidak suka, trip tersebut boleh dipadam.

Namun Google Trips ada kelemahannya. Bila anda baru pulang dari bercuti, ia mungkin menyangka anda baru tiba ke destinasi baru.

7. Percuma

Secara tidak langsung, Google temui cara untuk mengumpul data anda – secara percuma. Anda boleh mengguna app sama yang berbayar, seperti TripIt (AS$49 setahun) untuk ciri yang lebih kurang serupa.

Muat turun: Klik pada link ini

Bonus: Baca selanjutnya bagaimana Google gunakan algoritma berusia 280 tahun dalam Google Trips.

 


Tulisan ini disesuaikan dari satu laporan dalam bahasa Inggeris di laman New York Times.

Anda ingin tambah maklumat ke dalam tulisan ini? Tinggalkan komen atau e-mel kepada kami ([email protected]).

EDITOR KEMBARA.MY

Amati dunia luar melalui liputan kami ke atas isu alam, latar geografi, budaya masyarakat, peralatan kembara dan gaya hidup aktif.

 

 

 

 

Comments

comments