7 panduan untuk mencuba aktiviti menyelam SCUBA

Cara terbaik untuk melihat hidupan dalam air adalah dengan dengan menyelam SCUBA – alat yang membolehkan anda bernafas dalam air.

Ikuti panduan KEMBARA.MY untuk mencuba aktiviti ini.

1. Periksa kursus yang ditawarkan dan selidik latar belakang serta reputasi syarikat atau individu yang kendali kursus.

2. Ketahui tahap kecergasan dan kenalpasti jika anda mempunyai apa-apa masalah kesihatan – fizikal mahupun mental.

3. Pilih lokasi selaman yang sesuai dengan air yang jernih dan tidak begitu dalam.

4. Fahami setiap panduan yang ditunjukkan oleh jurulatih.

5. Sertai kursus bersama kumpulan dengan tahap kemahiran yang sama. Selain dapat menjimatkan kos, anda juga dapat meluangkan masa yang menyeronokkan dengan rakan -rakan. Pastikan kumpulan anda tidak terlalu besar agar anda mendapat tumpuan sewajarnya dari jurulatih.

7. Minum air. Kebanyakan kegiatan selaman dijalankan pada waktu siang. Badan anda akan kehilangan banyak air ketika menyertai kegiatan luar di bawah pancaran matahari.

8. Nikmati alam. Tataplah keindahan ciptaan Tuhan sepuas-puasnya, atau sehingga anda diarahkan untuk timbul semula ke permukaan.

Comments

comments