7 cara atlet guna multitool untuk selamatkan diri

Oleh Joe Jackson

Alat multitool yang menggabungkan pelbagai perkakas penting ke dalam satu unit mudah alih ini mula digunakan apabila Leatherman memperkenalkan Pocket Survival Tool pada 1983. Sejak itu, alat ini menjadi kit wajib bagi penggemar kegiatan luar.

Kita menggunakannya untuk membaikpulih basikal, membuka bungkusan makanan dan minuman, dan membuat unggun api. Jika anda kreatif, kegunaannya tidak terhenti setakat itu. Lihat saja pengalaman atlet ini melepaskan diri dari halangan sukar dengan menggunakan multitool.

Eric Porter
Altet basikal gunung
Porter berbasikal semasa trip tiga hari di British Columbia apabila butang seluar baharunya tertanggal. Cara mengatasinya, Porter menggunakan multitool keluaran Lezyne untuk menebuk lubang di pinggang seluar dan menjahitnya dengan seutas floss.

Hilaree O’Neill
Pendaki dan atlet ski gunung
“Entah kenapa, ketika perjalanan jarak jauh, saya selalu terlupa bawa perkakas untuk makan,” kata O’ Neill. Sebab itulah wanita ini terpaksa guna pisau, pembuka tin dan alat lain lagi pada multitool Leatherman Wingman miliknya untuk makan. Setiap kali lepas makan, ia perlu dicuci bersih supaya alat tersebut tidak dikotori sisa makanan.

Eric Larsen
Penjelajah polar
Larsen bermula sebagai pemandu kereta gelongsor yang dipacu anjing. Kegunaan utama Leatherman Juice miliknya adalah untuk menyingkirkan ais yang terkumpul di peralatannya. Semasa ekspedisi ke Baffin Island, Larsen membenamkan ski ke satu retakan ais untuk dijadikan sokongan bagi khemahnya. Keesokan paginya, beliau mendapati ski tersebut terbenam dalam ais laut setebal 18 inci susulan air pasang.

“Saya keluarkan Leatherman Juice dan gunakannya untuk memahat ais tersebut selama setengah jam,” kata Larsen. Tanpa alat tersebut, ski tersebut akan terbenam buat selama-lamanya di situ.

Caroline Gleich
Altet luncur ski dan mendaki
Gleich gemar mendaki dan meluncur di kawasan berais dan sentiasa menggunakan Leatherman Squirt PS4 miliknya untuk menanggalkan tali lama atau abah-abah yang ditinggalkan pendaki lain. Pada musim lalu, Gleigh memotong abah-abah dari sauh yang tersemat di laluan Heart of Darkness. Sauh tersebut direka khas untuk memegang tali.

Anton Krupicka
Pelari ultra
Krupicka tidak membawa multitool semasa berlari, tetapi pada musim sejuk lalu beliau menyertai satu acara ski ketika beliau dilanda bencana. Satu bahagian hadapan but ski rakannya dipenuhi ais dan lumpur menyebabkan beliau tidak dapat menyematkan but ke dalam bahagian tersebut. Mereka hanya bergantung kepada multitool Leatherman Juice untuk mengeluarkan lumpur dan ais berkenaan. “Ia hanya satu perkara kecil, tetapi tanpa alat penggerek atau pisau pada multitool tersebut, kami sudah tentunya terkandas,” kata Krupicka.

Brody Leven
Atlet luncur ski
Pada tahun 2013, Leven terbawa dua but ski dengan saiz berbeza untuk ekspedisi di Denali. Salah satu daripada terlalu besar untuk pengikat skinya. Perkara itu tidak disedari sehinggalah beliau tiba di kem pengkalan dengan menaiki penerbangan. Lalu beliau terpaksa menggunakan multitool Leatherman Skeletool CX untuk membua ikatan skru dan mengubah saiz pengikat tersebut. Pengikat tersebut masih berfungsi hingga hari ini.

Ben Stookesberry
Atlet kayak
Skirting di kayak beliau terkoyak akibat reputan dan pembiakan semut ketika turun dan air terjun pertama di Chiapas, di sungai Santa Domingo di Mexico. Beliau menjahitnya semula dengan menggunakan multitool, bilah garfu keluli dan floss. Ia kemudian disalut dengan bahan kedap air Aquaseal.

Tulisan ini diterjemah dan disesuaikan semula dari artikel di laman Outside Online.
Foto oleh Brian Ch (hakcipta Creative Commons)

Comments

comments