278 kedai makanan di New Zealand yang dijamin halal, vegetarian

Lembaga pelancongan New Zealand menerbitkan panduan baharu untuk membantu para pengunjung ke negara itu memilih makanan dan restoran halal.

Panduan dalam bentuk PDF ini menyenaraikan 278 buah restoran, serta premis runcit yang menyediakan makanan halal termasuk daging dan produk tenusu.

Panduan tersebut dibangunkan dengan sokongan portal Kiwi Muslim Directory dan juga gabungan pertubuhan Islam terbesar negara itu, Federation of the Islamic Associations of New Zealand (FIANZ).

FIANZ merupakan badan yang bertanggungjawab menjalankan semakan serta pengesahan halal ke atas produk makanan di New Zealand.

Selain kedai yang disahkan halal oleh FIANZ, panduan tersebut juga menyenarai dan menanda kedai halal milik peniaga Islam serta kedai makan vegetarian.

Dalam satu kenyataan, presiden FIANZ Hazim Arafeh berkata, badan itu amat gembira dengan penerbitan panduan tersebut.

“Halal Food Guide ini memberi jaminan lebih besar kepada pengguna muslim dan seterusnya akan menjadi sumber berharga kepada pelancong dan pelawat bisnes ke New Zealand,” kata Hazim.

Jurucakap Tourism New Zealand, Steve Dixon pula berharap panduan tersebut akan membolehkan golongan Muslim menikmati sajian istimewa negara tersebut.

Panduan ini juga membuktikan komitmen negaranya untuk mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pilihan bagi pengembara Muslim, kata pengurus wilayah Asia selatan dan tenggara Tourism New Zealand itu dalam kenyataannya.

Muat turun panduan kedai halal di New Zealand di sini.

 


EDITOR KEMBARA.MY

Amati dunia luar melalui liputan kami ke atas isu alam, latar geografi, budaya masyarakat, peralatan kembara dan gaya hidup aktif.

Anda ingin tambah maklumat ke dalam laporan ini? Tinggalkan komen atau hubungi kami: [email protected]

 

Comments

comments