14 komuniti FB kembara paling aktif di Malaysia

Komuniti Facebook berkaitan kembara di Malaysia membentuk lebih 315,000 pengguna yang semakin bertambah saban hari.

Kebanyakannya memberi peluang kepada pengusaha untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan pelancongan. Kenali komuniti sasaran sebelum anda mengiklan.

1. Backpacker Buddies Malaysia
Kategori: Komuniti sosial
Keahlian: Terbuka (95,674 ahli)
Objektif: Kongsi pengalaman, maklumat berguna
Destinasi: Domestik, luar negara
Iklan jual beli: Dilarang (berkuatkuasa 1 Jan 2016)
Digalakkan: Muat ulasan dan gambar hostel, guesthouse
Pantang larang: Tulisan lucah, politik/ rasis, selfie melampau

2. Hiking and Camping Around Malaysia
Kategori: Komuniti sosial (kelab)
Keahlian: Terbuka (70,780 ahli)
Objektif: Kongsi pengalaman, maklumat
Destinasi: Domestik
Iklan jual beli: Hanya untuk acara mendaki atau berkhemah dan barangan lusuh berkaitan. Iklan pakej, pemandu arah, kem dan pengendali jentera 4WD dibenarkan pada setiap hari Khamis sahaja.
Pantang larang: Tidak boleh muat bahan yang mempromosi perbuatan berbahaya, memancing dan memburu binatang.

3. Malaysian Backpackers Club
Keahlian: Tertutup (47,992 ahli)
Kategori: Komuniti sosial (kelab)
Objektif: Berkongsi maklumat
Destinasi: Domestik, luar negara
Iklan jual beli: Dibenarkan, jika berkaitan dengan aktiviti kelab
Pantang larang: Jangan spam

4. Kaki Travel Malaysia
Keahlian: Terbuka (20,711 ahli)
Kategori: Komuniti sosial
Objektif: Berkongsi pengalaman
Destinasi: Luar, dalam negara
Iklan jual beli: Tidak dibenarkan
Pantang larang lain: Tidak dibenar kempen politik, tulisan perkauman, provokatif dan berbentuk “perniagaan”.

5. Hiking and Camping Around the World
Keahlian: Terbuka (19,489 ahli)
Kategori: Komuniti sosial
Objektif: Berkongsi gambar, laporan aktiviti. Ditaja oleh beberapa syarikat berkeuntungan.
Iklan jual beli: Dibenarkan
Pantang larang: Tidak disebut dalam keterangan.

6. Sabah Memang Cantik
Keahlian: Terbuka (18,322 ahli)
Kategori: Komuniti sosial
Objektif: Berkongsi foto menarik berkaitan Sabah
Destinasi: Sabah sahaja
Syarat: Perlu nyatakan lokasi rakaman bila kongsi gambar
Pantang larang: Tidak boleh iklan
Tarikan: Foto menarik dipilih menjadi cover photo.

7. Travel Buddies Malaysia
Destinasi: Luar, dalam negara
Keahlian: Terbuka, 16,273 orang (22 Mac)
Kategori: Komuniti sosial
Objektif: Untuk mencari teman seperjalanan.
Iklan jual beli: Dibenarkan
Pantang larang: Tak dinyatakan dengan jelas

8. Cycling Kuala Lumpur, Bicycle Map Project
Keahlian: Terbuka (7,770 ahli)
Kategori: Projek
Objektif: Membina peta laluan selamat untuk berbasikal di Kuala Lumpur. Ada juga kandungan berkaitan advokasi untuk mengguna basikal sebagai pengangkutan alternatif.
Iklan jual beli: Tidak dibenarkan
Blog: Cycling Kuala Lumpur

9. Malim Gunung

Keahlian: Terbuka (3,942 ahli)
Destinasi: Domestik
Kategori: Komuniti sosial
Objektif: Menjalin kerjasama di antara penggiat aktiviti mendaki, pemandu pelancong dan pengusaha kegiatan lasak.
Bidang: Pelancongan, mendaki gunung, jungle trekking, rock climbing, berkhemah, jelajah gua, basikal bukit, berakit
Iklan jual beli: Boleh iklan pakej aktiviti sahaja
Pantang larang: Tidak boleh iklan produk yang tidak berkaitan
Hubungi: 0138283399, 0128969353 (WhatsApp)

10. Adventure Touring Malaysia (ATM)
Keahlian: Terbuka (3,848 ahli)
Destinasi: Luar, dalam negara.
Objektif: Membentuk komuniti untuk pengembara, termasuk yang menggunakan kenderaan bermotor (motosikal, kereta) untuk berkongsi info aktiviti, pengalaman, panduan dan petua.
Iklan jual beli: Minta kebenaran dulu.
Hubungi: [email protected]
Blog: Adventure Malaysian

11. Tips Cuti-Cuti Perth
Keahlian: Tertutup (3,596 ahli)
Kategori: Komuniti sosial.
Destinasi: Perth, Australia
Keterangan: Perkongsian petua daripada Azlin Ahmad, yang berpengalaman berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Perth selama lima tahun.
Iklan jual beli: Dibenarkan.
Pantang larang: Tidak disebut.

12. Travel Europe Malaysian Buddies
Keahlian: Terbuka (3,396 ahli)
Destinasi: Eropah
Objektif: Tidak dinyatakan dalam keterangan.
Iklan jual beli: Dibenarkan. Kebanyakannya berkaitan pakej pelancongan ke Eropah
Pantang larang: Tidak disebut

13. Mountain Search and Rescue, Malaysia

Keahlian: Terbuka (2,003 ahli)
Kategori: Pasukan mencari dan menyelamat sukarela.
Objektif: Mengumpul individu yang prihatin dengan keselamatan dan sanggup bertindak untuk operasi SAR – mencari dan memberi bantuan kepada individu dalam kecemasan, terutama pendaki gunung.
Pantang larang: Tidak disebut dalam keterangan.

14. Bicycle Touring / Backpackers / Travelling
Keahlian: Terbuka (1,468 ahli)
Kategori:
Komuniti sosial.
Destinasi: Luar, dalam negara.
Objektif: Menyedia forum untuk isu kembara dengan basikal.
Iklan/jual beli: Dibenarkan.
Pantang larang: Banyak.
________________________________

Semua jumlah ahli berdasarkan data Facebook pada 22 dan 23 Mac 2016. Maklumkan kepada kami jika komuniti Facebook anda tercicir daripada senarai ini (e-mel: [email protected]).

 

Comments

comments