10 perkara tentang Takahara Suiko, artis M’sia pertama ke Red Bull Music Academy

Takahara Suiko pada mulanya tidak percaya apabila mengetahui bahawa beliau terpilih ke Kanada untuk menyertai simposium muzik kembara sedunia Red Bull Music Academy Montreal 2016.

Ketika mendapat tahu berita tersebut, Taka berkata beliau terasa seperti menerima emel daripada sindiket penipu.

“Ia terasa seperti di luar realiti,” kata Taka, yang juga artis Malaysia pertama terpilih ke festival tersebut.

1. Beliau merupakan satu-satunya anak Malaysia dari 70 pencipta muzik yang terpilih – dari keseluruhan 3,500 permohonan – ke festival dan bengkel berkenaan pada tahun ini.

2. Takahara memimpin The Venopian Solitude yang mencipta nama dengan irama elektro-pop eksperimental.

3. Kumpulannya ditubuhkan pada 2009 dalam bilik dorm sebuah kolej, dengan mengetengahkan muzik “bising”. Ia mendapat perhatian meluas di Youtube.

4. Taka boleh menghasilkan muzik dari pelbagai objek, dari gitar sehinggalah ke kotak tisu. Kini ia berkembang dengan pelbagai bunyian dari anggota kumpulannya.

5. Antara artis dan kumpulan yang diminatinya adalah Kimya Dawson, Regina Spektor, Laura Marlig, Kimbra Kendrick Lamar, Kawehi dan tUnE-yArDs.

6. Merakam single bertajuk Warkah Narcissus dengan biaya oleh laman video hiburan online The Wknd pada 2013. Seterusnya, album Hikayat Perawan Majnun terbit pada 2014.

7. Menulis hampir 200 lagu dan lirik antara 2008 hingga 2015, 100 jenis prosa di pelbagai platform, 700 haiku spontan di Twitter.

8. Lirik dan proses karyanya dihimpun dalam buku Diari Nona Gila, terbit pada 2015 oleh Rabak Lit.

9. Menggubah, merakam dan menerbitkan sendiri EP bertajuk Kereta Merah pada 2015, dalam masa enam hari sahaja.

10. Selain Taka, The Venopian Solitude kini dianggotai Ahmad Khair (Kemat), Ruviyamin (Ruvi), Ariana, Azmeer Izhwan (Pie) dan Adam Shahrir (Adam).

Sejak 18 tahun lalu, Red Bull Music Academy menjalankan bengkel untuk ahli muzik dan profesional berkaitan muzik, konsert serta acara dan aktiviti berkaitan untuk merapatkan lagi komuniti muzik antarabangsa.

Red Bull mengusahakan program ini untuk memupuk bakat artis muda yang berpotensi seperti Taka dengan pendedahan dan kemahiran yang sesuai.

Comments

comments