10 makanan masa depan yang anda perlu tahu

Sejak awal kariernya sebagai tukang masak, Anthony Bourdain, 59, melayan pelbagai kerenah orang dan melihat pengurusan dapur di pelbagai restoran.

Pada awal kehidupannya, Bourdain bergelut dengan ketagihan heroin sehinggalah menemui jalan hidup yang lebih bermakna dengan memasak dan memberi makan kepada berbagai jenis pelanggan.

Pengalamannya di dapur restoran serta hotel di New York itu turut memberi peluang kepadanya untuk berfikir, menikmati dan menghargai makanan.

Bourdain menemui perjuangan hidupnya – menentang perusahaan makanan segera dan pada masa sama menonjolkan mutu dan rasa makanan rakyat semasa pengembaraan di negara yang dikunjunginya.

© Anthony BourdainFoto Anthony Bourdain

Beliau membandingkan makanan warga kemacar di negara-negara membangun dan juga makanan di hotel dan restoran mewah yang menjadi tempat kerjanya.

Restoran mewah itu merupakan tempat tumpuan utama para broker saham dan warga pemodal di Wall Street yang hidup kaya raya dalam kerancakan ekonomi.

Kemudian beliau memerhatikan perubahan mendadak apabila Amerika Syarikat mengalami kegawatan ekoran krisis subprima 2008.

Restoran mewah berkenaan menjadi lengang. Tiada siapa yang sanggup masuk untuk memesan steak dan wain yang berharga ratusan dollar. Lalu, restoran ini terpaksa mengubah strategi.

Mereka memperkenalkan menu baru – fusion food – dengan menggabungkan menu sedia ada dengan makanan Asia yang kosnya lebih murah.

Makanan Asia tersebut menggunakan bahagian daging, ayam dan produk laut yang kurang berbanding hidangan barat. Ia membolehkan sesetengah restoran terus bertahan.

Pandangan itu dirakamnya dalam buku bukan fiksyennya yang pertama, Kitchen Confidential: Adventures in the Culinary Underbelly yang melonjakkan namanya.

© Anthony Bourdain
Foto Anthony Bourdain

Ia turut memberikannya peluang untuk menghasilkan program travelog yang membawanya ke pelbagai negara – kebanyakannya negara membangun.

Olahannya mengenai tarikan makanan di negara ini malah menarik presiden AS, Barack Obama untuk duduk bersamanya di satu restoran di Hanoi untuk menikmati hidangan tempatan.

Mereka menikmati bun cha – sejenis mihun dengan cebisan daging dan sedikit sayur. Kos hidangan tersebut bersama minuman hanyalah USD6.

Bourdain yakin bahawa inilah antara makanan yang sesuai untuk warga masa depan – kos murah, berkhasiat dan menggunakan sumber yang lestari alam.

Hasil dari pengembaraan di serata dunia, Bourdain menyenaraikan hidangan utama yang ingin ditonjolkannya dalam restorannya sendiri kelak di New York.

Berikut adalah antara yang dipertimbangkannya untuk dihidangkan di Bourdain Market:

1. Nasi ayam

market scouting: hainanese chicken rice from #tiantian #singapore | photo by @eclam34 | #bourdainmarket

A photo posted by Bourdain Market (@bourdainmarket) on

2. Bún Thái

market scouting: the monday special Bún Thái from the legendary Lunch Lady #Vietnam | photo by @thazeri | #bourdainmarket

A photo posted by Bourdain Market (@bourdainmarket) on

3. Mi wantan

scouting: beef brisket and shrimp wonton noodle soup from #maksnoodle #hongkong | photo by @ameliatanudirjo | #bourdainmarket

A photo posted by Bourdain Market (@bourdainmarket) on

4. Char koay teow

5. Nasi lemak

scouting: nasi lemak in #singapore | photo by @qiuthosefood | #bourdainmarket

A photo posted by Bourdain Market (@bourdainmarket) on

6. Laksa Sarawak

scouting: laksa from #sarawak | photo by @annekuek | #bourdainmarket

A photo posted by Bourdain Market (@bourdainmarket) on

7. Nasi dalam periuk tanah

scouting: geylang claypot rice #singapore | photo by @star_la | #bourdainmarket

A photo posted by Bourdain Market (@bourdainmarket) on

8. Mi kari

scouting: ah hui curry mee #singapore | photo by @kfseetoh | #bourdainmarket

A photo posted by Bourdain Market (@bourdainmarket) on

9. Cucur udang

scouting: crab fritters from stalls on the streets of Hoi An #Vietnam | photo by @thanislum | #bourdainmarket

A photo posted by Bourdain Market (@bourdainmarket) on

10. Miso ramen

scouting: miso ramen with hokkaido king crab, scallops, corn, and chashu #japan | photo by @rexelizaga | #bourdainmarket

A photo posted by Bourdain Market (@bourdainmarket) on


Anda ingin tambah maklumat ke dalam tulisan ini? Tinggalkan komen atau e-mel kepada kami ([email protected]).

Comments

comments